Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Kerajaan telah menyelaras subsidi diesel bagi syarikat pengangkutan yang diluluskan, syarikat pengangkutan bot dan nelayan.

pada masa ini, operator pengangkutan nelayan dan pemilik bot menikmati harga subsidi berbeza bagi diesel.

Bercakap dalam sidang akhbar petang tadi, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, harga diesel adalah RM1 seliter untuk nelayan dan RM1.20 untuk pemilik bot.

Kabinet bersetuju untuk menyelaraskan harga diesel kepada RM1.43 sen seliter, berkuatkuasa esok.

Bayaran tunai RM200 sebulan juga akan diberikan kepada setiap pemilik dan pekerja bot rakyat Malaysia yang berdaftar dengan Jabatan Perikanan.

Bayaran insentif akan diberikan kepada pemilik bot pada kadar 10 sen sekilogram hasil tangkapan ikan yang didaratkan oleh bot perikanan yang berdaftar di pusat pendaratan ikan di dalam negara.

Pembayaran akan diuruskan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM). Kabinet memutuskan pengusaha penumpang sungai juga diberi bayaran tunai sebanyak 10 sen seliter berdasarkan kuota yang diluluskan.

Mulai 1 Julai ini, harga gas yang dibekalkan oleh Petronas di Semenanjung akan diubah seperti berikut:

Bagi sektor elektrik, harga gas akan dinaikkan dari RM6.40 setiap mmBtu kepada RM14.31 setiap mmBtu.

Bagi pengguna sektor industri, yang menggunakan kurang daripada 2mmscfd, harga yang ditetapkan oleh Gas Malaysia Sdn Bhd akan dinaikkan dari RM9.40 setiap mmBtu kepada RM24.54 setiap mmBtu.

Bagi pengguna sektor industri yang menggunakan lebih daripada 2mmscfd, harga gas yang dibekalkan oleh Petronas akan dinaikkan daripada RM11.32 kepada RM32.56 setiap mmBtu.

Harga minyak masak (gas petroleim cecair atau LPG) dan gas asli kenderaan (NGV) tidak akan berubah.

harga bagi LPG ialah RM1.75 setiap kilogram dan harga NGV ialah 63.5 sen setiap liter.

ADS