Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Rais Yatim dicabar di Jelebu
Diterbitkan:  Jun 3, 2008 6:04 PM
Dikemaskini: 10:10 AM

Timbalan Ketua Umno bahagian Jelebu, Datuk Yunus Rahmat menawarkan diri untuk bertanding jawatan ketua Umno bahagian Jelebu dalam persidangan perwakilan Umno yang dijadualkan

berlangsung dari 9 Oktober hingga 9 November depan.

Yunus, yang juga exco kerajaan Negeri Sembilan berkata, keputusan beliau itu tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak.

Sebaliknya, kata beliau, ia adalah atas kesedaran sendiri yang mahu berkhidmat kepada rakyat.

Yunus menyatakan hasratnya itu dalam satu kenyataan yang dihantar melalui faks ke pejabat Bernama di Seremban.

rais yatim 03 Ketua Umno Bahagian Jelebu sekarang ialah Menteri Luar yang juga Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Yunus, 53, berkata beliau juga membuat keputusan itu setelah menerima pandangan, maklum balas dan nasihat daripada pemimpin serta ahli Umno peringkat bahagian dan cawangan.

Dalam masa yang sama, katanya, beliau menyatakan sokongan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Pertang yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Razak Mansor untuk bertanding jawatan Timbalan Ketua Umno Bahagian Jelebu.

Yunus berkata hasrat beliau dan Razak untuk bertanding jawatan berkenaan telahpun dimaklumkan kepada Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri, yang juga Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.

ADS