Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Siasatan kekecohan BMC hampir siap
Diterbitkan:  Jun 2, 2008 7:20 PM
Dikemaskini: 3:12 PM

Siasatan terhadap kes "cubaan membunuh dan merusuh" minggu lalu dekat benteng kontroversi di Bandar Mahkota Cheras boleh disiapkan dalam masa dua hari lagi, kata polis.

Tiga daripada empat suspek – Cheok Kem Hoo, 21, Chan Siew Meng, 31, Chang Jiun Mein, 21, – dipanggil memberi keterangan di balai polis Kajang pagi tadi.

mahkota cheras 4 assaulted individuals extend bail 020608 youths Seorang lagi suspek Chang Jian Haur, 23 – abang Jien Mien – turut hadir.

Mekanik itu mengalami kecederaan teruk apabila didakwa dipukul 20 anggota polis pada Selasa lalu dan oleh itu diberi pengecualian untuk memberi keterangan pada hari ini.

Beliau disambung ikat jamin sehingga 11 Jun, manakala tiga lagi suspek diberi jaminan polis sehingga 10 Jun.

Ketua Polis Kajang, ACP Shakaruddin Che Mood minggu lepas berkata, mereka boleh didakwa mengikut Seksyen 148 dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan bagi kesalahan merusuh dan cubaan membunuh.

Mereka disiasat atas dakwaan cuba menyebabkan kecederaan kepada anggota polis dekat dengan benteng konkrit yang dibina di jalan akses bebas tol di taman perumahan tersebut.

cheras mahkota road barricade opened 290508 07 Benteng tersebut yang dibina oleh Grand Saga, syarikat konsesi lebuhraya Cheras-Kajang, menjadi masalah sejak 2005 tetapi konfliknya semakin tegang selepas pilihanraya umum lalu.

Pada hari kejadian 27 Mei, penduduk BMC telah berhimpun untuk meruntuhkan benteng tersebut.

Jian Haur yang menaiki kereta Proton Wira bersama tiga lagi hendak beredar dari kawasan tersebut apabila dia didakwa cuba melanggar beberapa anggota polis yang sedang mengawal benteng tersebut.

Kereta itu kemudian diserbu oleh sekumpulan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan lelaki itu didakwa telah dibelasah.

Beliau, yang memandu kereta tersebut, mengalami kecederaan serius, kemudiannya dimasukkan ke unit rawatan rapi hospital Kajang.

Ditemui di hospital pada malam kejadian, mangsa memberitahu Malaysiakini bahawa mereka baru pulang dari Port Dickson dan pergi ke situ untuk melihat apa yang sedang berlaku.

Adik perempuan Jian Haur dan dua lagi rakannya tidak mengalami sebarang kecederaan tetapi turut ditahan hingga keesokannya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS