Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Bantahan terhadap petisyen yang difailkan oleh calon Barisan Nasional (BN) Aziz Jamaluddin Mohd Tahir bagi mencabar keputusan kerusi Parlimen Titiwangsa akan didengar pada 20 Jun depan.

dr lolo ceramah 050308 stager Dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu, kerusi Parlimen tersebut dimenangi oleh calon PAS, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali dengan majoriti 1,972 undi.

Dr Lo' Lo' mendapat memperolehi 17,857 undi, menewaskan Aziz Jamaluddin dari Umno, yang mendapat 15,885 undi.

Aziz memfailkan petisyen tersebut melalui firma guaman Tetuan Zul Rafique & Partners di pejabat Timbalan Pendaftar Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Jalan Duta pada 29 April lalu.

Dalam petisyennya, beliau mendakwa poster dan banting ahli Parlimen Titiwangsa itu tidak memenuhi syarat sepertimana dalam peruntukan di bawah Akta Kesalahan Pilihanraya 1954.

Kedua-dua pihak telah dipanggil bagi penetapan pengurusan kes di dalam kamar hakim Datuk Zaharah Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Jalan Duta, pagi tadi.

Dr Lo' Lo' diwakili oleh lima peguam, antaranya Hanipa Maidin, Zulmi Sabri dan Mohammad Burok.

Menurut Zulmi, mereka akan memfailkan notis usul membantah petisyen tersebut, selewat-lewatnya Isnin depan dan mahkamah akan mendengarnya pada 20 Jun.

"Sekiranya bantahan ditolak, perbicaraan penuh akan dijalankan pada 25 dan 26 Jun ini," jelas Zulmi


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS