Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MT kena luluskan keahlian Ezam
Diterbitkan:  May 29, 2008 4:39 PM
Dikemaskini: 8:43 AM

Kemasukan bekas ketua Angkatan Muda PKR Mohamad Ezam Mohd Noor mesti mendapat kelulusan Majlis Tertinggi (MT) Umno kerana beliau "ada rekod" politik, kata naib presiden Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin hari ini.

"Kalau tak ada rekod tak apa. Ini (kes yang ada rekod) mesti dibawa ke MT," katanya, lapor Bernama .

Muhyiddin berkata Mohamad Ezam tidak boleh diterima secara automatik kerana rekod politiknya.

"MT mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak," katanya selepas menyampaikan taklimat mengenai tata etika parti kepada pemimpin Umno Perlis di Kangar hari ini.

Menurutnya, MT perlu mempertimbangkan rekod Mohamad Ezam kerana bekas setiausaha Datuk Seri Anwar Ibrahim itu pernah meninggalkan parti, menyertai pembangkang dan kini memohon menyertai semula Umno.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS