Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pergaduhan di BMC: Reaksi Grand Saga
Diterbitkan:  May 28, 2008 12:41 PM
Dikemaskini: 12:36 PM

Grand Saga, syarikat konsesi lebuhraya yang mengendalikan Plaza Tol Batu 11 Lebuhraya Cheras-Kajang berkata, pihaknya tidak ada sebarang kaitan dengan pergaduhan yang berlaku di Bandar Mahkota Cheras (BMC) malam tadi.

cheras mahkota road grand saga barricade 270508 new barricade Pengarah eksekutifnya Zainal Abidin Ali berkata, pihaknya menerima laporan daripada kontraktornya bahawa beberapa pekerjanya juga turut mengalami kecederaan ketika menjalankan tugas mereka di situ.

"Satu laporan polis telah dibuat berhubung perkara tersebut," katanya hari ini.

Sebelum itu, pekerja Grand Saga membina semula benteng konkrit, yang terus-menerus menimbulkan kontroversi, di jalan akses bebas tol di lebuhraya tersebut.

Mereka memulakan kerja tersebut pada kira-kira jam 1 pagi semalam dan mengambil masa kira-kira 14 jam untuk menyiapkannya.

cheras mahkota road grand saga barricade fru assault 280508 01 Bagaimanapun, keadaan menjadi tegang apabila penduduk BMC - yang cuba meruntuhkan benteng tersebut - bergelut dengan sekumpulan lelaki yang dipercayai ditugaskan untuk mengawal benteng tersebut.

Menurut penduduk, sekurang-kurangnya 12 orang cedera selepas dibelasah oleh kira-kira 30 lelaki yang dipercayai "samseng".

Dalam kenyataannya, Zainal Abibin berkata, Grand Saga menolak sebarang bentuk keganasan.

Laporan polis

"Grand Saga juga ingin menyampaikan rasa simpatinya terhadap beberapa individu yang mengalami kecederaan dalam kejadian malang tersebut," katanya.

Zainal berkata, Grand Saga difahamkan bahawa kejadian itu berpunca daripada hasutan oleh beberapa pihak.

Beliau berkata, pihaknya akan membuat laporan polis dan berharap pihak berkuasa menjalankan siastan segera terhadap kejadian tersebut.

Pertikaian berhubung pembinaan benteng di jalan tersebut yang membolehkan penggunanya mengelak bayaran tol, berlarutan sejak tiga tahun lalu tetapi ia sampai ke kemuncaknya pada 21 April lalu apabila penduduk di situ - dengan sokongan beberapa ahli exco kerajaan negeri Pakatan Rakyat - bertindak memusnahkan benteng yang dibina pada 2005.

Grand Saga kemudiannya membina semula benteng di situ, tetapi penduduknya bertindak memusnahkannya semula.

cheras mahkota road grand saga barricade 270508 stand off Bagaimanapun, percubaan Grand Saga untuk membina benteng konkrit setinggi tiga kaki - bagi kali ketiga - pada malam 8 Mei lalu terganggu, apabila polis melepaskan tembakan gas pemedih mata untuk menyuraikan penduduk yang berhimpun di situ.

Empat hari kemudiannya, penduduk gagal mendapatkan perintah dari Mahkamah Tinggi untuk menghalang syarikat konsesi lebuhraya itu mendirikan semula benteng konkrit di jalan tersebut.

Selepas mahkamah membuat keputusan yang memihak kepada Grand Saga, Zainal Abidin mengeluarkan notis kelmarin bahawa benteng konkrit akan dibina semula di situ dan berharap orang ramai tidak

mengengkari penghakiman mahkamah.

Syarikat konsesi lebuhraya itu telah membina benteng di jalan akses tersebut tiga tahun lalu dan tindakan itu dibantah oleh penduduk di situ yang menggunakan laluan tersebut tanpa perlu membayar tol di Plaza Batu 11, Cheras.

Ekoran pembinaan benteng tersebut, penduduk terpaksa memandu sejauh enam kilometer dan membayar tol 90 sen kepada Grand Saga.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS