Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Malaysia digesa menyegerakan rundingan bagi memastikan sebuah lagi pulau di luar pantai Pontian tidak akan mengalami nasib seperti Batu Putih yang kini jatuh hak miliknya ke tangan Singapura.

pulau pisang light house 260508 Pemuda PAS Johor membuat gesaan demikian sebagai menyokong cadangan ahli parlimen Pontian, Ahmad Maslan hari ini agar Malaysia mengambil alih pengurusan rumah api di Pulau Pisang (foto kiri) .

Ahmad berkata saranannya itu penting kerana pulau itu "mempunyai persamaan dari segi sejarah" dengan pulau di luar Pangerang itu yang gagal dipertahankan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) minggu lepas.

Ketua Pemuda PAS negeri Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata maklumat yang dikumpul pergerakan itu menunjukkan bahawa "masa depan Pulau Pisang lebih berpihak kepada Singapura".

"(Malaysia perlu segera) memastikan perbincangan dua hala dengan Singapura seterusnya mengambil alih kawalan rumah api di Pulau Pisang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Seperti cadangan ahli parlimen Umno itu, Pemuda PAS negeri juga mendesak Malaysia supaya menyegerakan aktiviti pembangunan dan kawal selia pulau itu secara menyeluruh.

Rumah api tersebut dipunyai oleh Singapura dan negara itu mempunyai hak mengendalikannya selagi ia masih berada di sana, kata Khairul.

Menurutnya, maklumat ini bersumberkan laman web kendalian University of North Carolina dan Pihak Berkuasa Pelabuhan dan Maritim Singapura (MPA).

"Jabatan laut Semenanjung Malaysia tidak menyenaraikan rumah api di Pulau Pisang sebagai salah satu daripada 14 rumah api yang dikawal selia oleh Malaysia," katanya.

pulau pisang 260508


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS