Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Video: Lagi laporan minta Dr M disiasat
Diterbitkan:  May 25, 2008 6:44 PM
Dikemaskini: 4:45 PM

Angkatan Muda PKR (AMK) meneruskan kempennya hari ini dengan membuat dua lagi laporan polis berhubung enam tokoh yang dinamakan dalam laporan suruhanjaya diraja siasatan klip video VK Lingam.

Di Kelantan, laporan polis dibuat oleh ketua AMK negeri Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad di ibu pejabat polis daerah Kota Bharu pada pukul 1 tengah hari.

Wan Khairul, yang diiringi 50 anggota AMK Kelantan, ketika ditemui selepas itu berkata laporan itu bertujuan meminta polis membuka kertas siasatan dan menyiasat segera keenam-enam individu berkenaan, lapor Bernama.

lingam tape 160508 report Tokoh-tokoh tersebut: mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, dua bekas ketua hakim negara Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim dan Tun Eusoff Chin, peguam kanan Datuk VK Lingam, bekas menteri pelancongan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang juga setiausaha agung Umno serta tokoh perniagaan Tan Sri Vincent Tan.

Di Terengganu, ketua AMK negeri Mohd Fariz Musa membuat laporan di ibu pejabat polis daerah Kuala Terengganu kira-kira pukul 2 petang.

Mohd Fariz yang diiringi 20 anggota AMK negeri berkata laporan itu meminta polis menyiasat kes tersebut dengan telus dan tanpa pilih kasih terhadap keenam-enam individu terbabit.

Sementara di Shah Alam, ketua AMK Selangor Khairul Anuar Ahmad

Zainudin membuat laporan serupa di balai polis daerah Shah

Alam bagi mendesak polis dan peguam negara segera menyiasat dan mendakwa mereka.

Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin semalam telah membuat laporan yang sama di balai polis daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur.

Suruhanjaya diraja itu, dalam laporannya, mengesyorkan agar mantan perdana menteri itu serta lima tokoh itu disiasat berhubung peranan mereka dalam mengatur pelantikan hakim-hakim.

Pengerusi DAP Karpal Singh kelmarin membuat laporan polis berhubung kenyataan Dr Mahathir mengenai wujud hakim yang pernah melobinya untuk pelbagai jawatan.

"Tun sendiri boleh dikenakan tindakan undang-undang menurut Seksyen 17 Akta Pencegahan Rasuah 1997 kerana tidak membuat laporan polis atas tindakan hakim yang melobi beliau untuk jawatan," kata Karpal.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS