Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Husam ajak Ezam sertai PAS
Diterbitkan:  May 25, 2008 3:09 PM
Dikemaskini: 4:57 PM

Naib presiden PAS mengundang bekas ketua Angkatan Muda PKR Mohamad Ezam Mohd Noor menyertai parti itu.

Datuk Husam Musa, yang mengakui rapat dengan Mohamad Ezam berkata, pelawaan itu kerana bekas setiausaha Datuk Seri Anwar Ibrahim itu belum lagi mengumumkan untuk menyertai Umno.

"Dia belum buat keputusan hanya media Umno yang buat bising.

"Biarlah Ezam buat keputusan dulu. Mana tau esok dia masuk PAS," katanya, lapor Bernama .

muhammad mohd taib and umno Sementara itu di Kuala Lumpur, ketua penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata Umno boleh menerima Ezam sebagai ahli biasa.

Ketika ditanya mengenai sama ada bekas tokoh utama PKR itu ditawarkan jawatan tertentu sekiranya menyertai Umno, Muhammad berkata: "Beliau adalah ahli biasa. Saya tidak mempunyai kedudukan untuk menawarkannya sebarang jawatan. Itu terpulang kepada pucuk pimpinan."

Beliau berkata Umno tidak ada masalah untuk menerima Ezam dan juga mana-mana individu yang berminat menyertai parti itu sama ada mereka bekas anggota yang keluar parti atau anggota baru.

"Saya fikir beliau seorang bekas anggota parti yang ingin kembali semula kepada parti. Kalau ada keinginan, saya fikir Umno tidak ada halangan seperti yang berlaku pada masa yang lepas," katanya selepas melancarkan buku 'Politik Hantu' di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru.

ADS