Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ezam: Tiga soalan dari Hisham
Diterbitkan:  May 24, 2008 9:57 PM
Dikemaskini: 2:00 PM

Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein meminta pemimpin Umno diminta melihat apa manfaat yang bakal diperolehi apabila bekas ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR, Ezam masuk semula ke dalam Umno.

Di samping itu, beliau juga mahu mereka melihat setakat mana keikhlasan Ezam untuk berjuang bersama Umno.

Dan ketiga, tegas menteri pelajaran, apa peranan beliau apabila diterima masuk Umno.

ezam noor Menurut laporan Bernama, walaupun Ezam belum membuat sebarang keputusan mengenai kemasukannya semula ke dalam Umno, beliau sudah menyediakan tiga soalan itu untuk diteliti oleh pucuk pimpinan.

"Dalam hal ini, sebagai ketua pergerakan Pemuda Umno, saya pasti akan terbabit dalam perbincangan mengenai kemasukan Ezam dan saya bersedia untuk mengemukakan tiga perkara penting mengenai beliau.

"Namun saya sendiri belum berkesempatan untuk mendengar sendiri pendirian beliau (Ezam) kerana difahamkan beliau berada di luar negara," katanya kepada pemberita di Majlis Bersama Rakyat di Dewan Majlis Perbandaran Kluang, di Paloh, hari ini.

Hishammuddin berkata, beliau juga tidak dapat mengulas kenyataan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, semalam yang mengalu-alukan kemasukan Ezam dan menyifatkan bekas Setiausaha Politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, itu sebagai aset kepada parti.

"Saya tak boleh kata Ya atau Tidak untuk menyokong kenyataan itu selagi tiga soalan yang saya sediakan itu belum dijawab," kata beliau yang juga adalah Menteri Pelajaran.

Sementara itu beliau juga ditanya tentang kenyataan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) baru-baru ini bahawa pakaian pelajar perempuan ketika ini adalah seksi.

Katanya, beliau berpendapat secara peribadi pakaian yang ketika ini dipakai oleh pelajar perempuan tidak seksi.

ADS