Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Laporan Lingam habis dalam 30 minit
Diterbitkan:  May 20, 2008 11:00 PM
Dikemaskini: May 21, 2008 3:32 AM

Beberapa pertubuhan media dan individu kecewa hari ini apabila laporan suruhanjaya diraja yang menyiasat skandal klip video Lingam habis dijual hari ini.

Lima puluh nashkah yang dijual di jabatan halehwal perundangan, Jabatan Perdana Menteri, mulai jam 3 petang tadi, habis dibeli dalam masa kira-kira 30 minit sahaja.

lingam tape 160508 report Laporan tersebut - yang mengandungi empat jilid - dijual dengan harga RM541. Mereka yang gagal membelinya hari ini terpaksa menunggu cetakan semula.

Yang menariknya, difahamkan firma guaman Datuk VK Lingam memberi 10 nashkah laporan tersebut.

Ekoran laporan tersebut telah habis dijual hari ini, maka menyiarkan jilid pertama setebal 191 muka surat - yang merupakan bahagian utama laporan tersebut - dalam versi PDF.

Jilid kedua (1,187 muka surat) mengandungi nota-nota mengenai bukti, manakala jilid ketiga pula mengandungi semua pengisytiharan berkanun (513 muka surat) yang dikemukakan kepada suruhanjaya diraja dan jilid terakhir mengandungi bahan bukti (998 muka surat).

Klik di sini untuk membaca laporan suruhanjaya diraja mengenai klip video Lingam [ dalam versi PDF ]

Anda mungkin memerlukan perisian khusus untuk membaca versi PDF tersebut. Anda boleh memuat-turun perisian percuma dari Internet:

Foxit Reader

Adobe Reader


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS