Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mukhriz perlu masa untuk berfikir...
Diterbitkan:  May 19, 2008 5:39 PM
Dikemaskini: 10:40 AM

Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir berkata buat masa ini beliau tidak mahu memberi sebarang ulasan mengenai tindakan bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad, mengumumkan keluar Umno pagi tadi.

Katanya, beliau memerlukan masa untuk berfikir mengenainya.

"Sekarang ini saya sedang berfikir," kata Mukhriz yang juga exco Pemuda Umno dalam lamanweb Agendadaily .

mukhriz mahathir Menurutnya, beliau juga dihujani oleh panggilan telefon dan SMS dari rakan-rakannya seluruh negara sejak Dr Mahathir umum tindakan itu di Alor Star.

Mantan perdana menteri itu mengumumkan keputusannya keluar Umno pada satu majlis di Alor Star atas alasan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Umno sekarang yang gagal membela nasib orang Melayu di negara ini.

Sementera itu, Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib memberitahu Malaysiakini beliau terperanjat dengan keputusan Dr Mahathir keluar dari Umno.

Bagaimanapun, katanya, setiap ahli mempunyai hak untuk menyertai atau meninggalkan parti.

Mengenai kemungkinan ada ahli dan pemimpin yang akan mengikut jejak langkah Dr Mahathir, Muhd Taib berkata, ahli Umno lazimnya memberi sokongan kepada parti.

Katanya, berdasar pengalaman lalu, kalaupun ada pemimpin Umno yang keluar parti, ahli-ahli tetap bersama parti.

Ditanya mengenai kenyataan ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Shahrir Samad mengenai kemungkinan kerajaan terpaksa mengadakan pilihanraya baru, jika ada ahli parlimen Umno mengikut jejak langkah Dr Mahathir, beliau berkata:

"Saya tak fikir macam tu...ahli Parlimen Umno harus menjaga keutuhan parti. Kita telah tubuh kerajaan dan kita harus berusaha sebaik mungkin untuk mentadbir negara."

Di Kangar, badan perhubungan Umno Perlis meminta Dr Mahathir supaya menimbang semula keputusannya.

Menurut laporan Bernama, ketua penerangan Umno negeri, Datuk Hashim Suboh berkata, jika ada kelemahan dan kesilapan ia adalah masalah kepimpinan dan bukannya "salah atau dosa" Umno kerana menurutnya, Dr Mahathir telah membina parti itu menjadi sebuah parti yang berkesan dalam memimpin kerajaan dan negara.

'Tidak selesai masalah'

"Rakyat dan akar umbi telah memberikan mesej yang jelas kepada kepimpinan parti dan kerajaan dan gerakan untuk membetulkan parti telah bermula dan makin berkembang.

"Tun (Dr Mahathir) tidak sepatutnya lari daripada perjuangan yang tidak kurang besarnya iaitu untuk memulih dan memperkuatkan semula Umno dengan memimpin segala arus bukan meninggalkan terus sungai perjuangan Umno yang panjang dan berliku ini," kata Hashim, yang juga Timbalan Ketua Umno Kangar.

Jika isunya adalah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, biarlah proses dalam parti berjalan dan menentukan, katanya.

Sementara itu, Bernama turut memetik menteri pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said sebagai berkata, tindakan Dr Mahathir itu tidak akan menyelesaikan kemelut yang melanda parti itu.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, sebaliknya ia hanya akan memberikan kelebihan kepada pihak pembangkang.

Sepatutnya, kata Azalina, sekarang adalah masa untuk semua pihak termasuk pemimpin serta bekas pemimpin parti bekerjasama bagi memulihkan Umno untuk kembali kuat dan kukuh.

"Masalah ini adalah masalah keluarga dan perlu diselesaikan dalam cara dan semangat kekeluargaan. Tindakan melulu keluar parti hanya akan merosakkan dan memberi kekuatan pada pihak lain," katanya.

Aziz terkejut

Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Abdul Aziz Shamsuddin, pula enggan engulas tindakan Dr Mahathir tetapi mengakui terkejut dengan berita itu.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Noh Omar juga enggan engulas kerana masih belum membaca berita mengenai pengunduran Tun Mahathir tu.

"Saya tidak boleh cakap lagi, saya kena baca dulu," katanya.

Di Kota Kinabalu, setiausaha perhubungan Umno Sabah, Datuk Yahya Hussin erkata beliau menghormati keputusan Dr Mahathir kerana itu adalah hak beliau.

Yahya, yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah dan Menteri Pertanian dan industri Makanan, mengakui keputusan itu sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada Umno dan perpaduan Melayu.

"Bagaimanapun ia tidak akan sampai menggugat perpaduan Melayu dan elemahkan Umno. Orang Melayu kini pun ramai yang menyertai PAS dan Parti eadilan Rakyat (PKR) tetapi saya yakin Umno akan tetap kukuh," katanya.

Di Johor Bahru, Ketua Pemuda Bahagian Tebrau, Nordin Omar berkata tindakan r Mahathir itu hanya akan merumitkan lagi masalah yang ada dalam parti dan idak akan mengembalikan kepercayaan orang Melayu malah akan menyebabkan berlakunya krisis kepimpinan.

"Keluarnya Tun Mahathir akan lebih merumitkan keadaan. Saya sendiri telah enerima beberapa pesanan ringkas bertanyakan sama ada akan berhenti juga," kata Nordin sambil membayangkan kekhuatirannya bahawa ramai anggota parti itu akan mengikut jejak bekas presiden Umno itu.

Ketua Umno Bahagian Tebrau Datuk Maulizan Bujang pula sedih dengan keputusan Dr Mahathir itu dan meminta beliau menimbangkannya semula.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS