Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Najib: Tiada faedah ungkit insiden 13 Mei
Diterbitkan:  May 19, 2008 8:55 AM
Dikemaskini: 4:24 AM

Gesaan supaya siasatan peristiwa 13 Mei 1969 dilakukan semula tidak akan membawa sebarang faedah kerana apa yang penting ialah memastikan peristiwa itu tidak berulang, kata Datuk Seri Najib Tun

Razak.

Timbalan Perdana Menteri berkata semua pihak perlu menjadikan episod hitam dalam lipatan sejarah negara itu sebagai iktibar.

"Kalau kita nak selongkar balik apa yang berlaku, kita akan membangkitkan polemik yang amat dasyat di kalangan masyakarat kita dan ia tidak menguntungkan sesiapa," kata Najib kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan kehadiran beliau sebagai wakil Malaysia pada Forum Ekonomi Dunia bagi Timur Tengah yang bermula Ahad di pusat peranginan Laut Merah di Sharm El Sheikh, Mesir.

Menurut laporan Bernama, Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersama DAP dan PAS baru-baru ini dilaporkan menuntut kerajaan menubuhkan sebuah suruhanjaya bagi mengetahui fakta sebenar tentang tragedi itu.

Peristiwa 13 Mei merujuk kepada rusuhan kaum yang menjadi kemuncak masalah perpaduan di Malaysia.

Najib menegaskan tidak ada faedah untuk negara menoleh ke belakang melainkan untuk menyatakan bahawa jangan sekali-kali peristiwa seperti itu dibenarkan berulang.

"Bagi saya ini adalah faedah (pengajaran) paling besar yang harus menjadi pegangan daripada peristiwa 13 Mei," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS