Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Zaid: Saya sedia disiasat BPR
Diterbitkan:  May 15, 2008 2:52 PM
Dikemaskini: 7:24 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim mencabar ahli Parlimen DAP dari Puchong, Gobind Singh Deo supaya membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung tindakan disiplin oleh Umno terhadapnya atas dakwaan terbabit dalam politik wang.

Zaid membuat cabaran itu selepas Gobind membangkitkan perkara tersebut sewaktu sesi soal jawab di Dewan Rakyat pagi tadi.

Katanya, jika Gobind tidak puashati mengenai perkara itu, beliau boleh membuat laporan kepada BPR supaya menyiasatnya.

"Saya sedia disiasat oleh BPR," katanya ketika menjawab soalan tambahan dari Gobind.

zaid ibrahim Lembaga disiplin Umno mendapati Zaid bersalah terbabit dalam politik wang pada April 2005 tetapi beliau hanya diberikan amaran.

Bagaimanapun, beliau kemudiannya digantung selama 18 bulan kerana mengkritik lembaga disiplin itu, yang didakwanya tidak mempunyai bukti yang cukup untuk mengambil tindakan tersebut terhadapnya.

Pemantauan kes

Sebelum itu, ketika menjawab soalan asal Gobind, Zaid berkata, 23,191 orang tertuduh dalam kes-kes jenayah dilepaskan tanpa dibebaskan sejak 2003 atas pelbagai sebab

termasuk kerana saksi penting tidak dapat dikesan.

Menurut laporan Bernama, jumlah yang dilepaskan tanpa dibebaskan adalah b7,275 orang pada 2003; 5,448 (2004); 4,038 (2005); 3,156 (2006) dan 3,274 (2007).

"Antara sebab OKT (Orang Kena Tuduh) dilepaskan ialah apabila pengadu meninggal dunia, saksi penting tidak dapat dikesan, pengadu tidak ingin meneruskan kes atas alasan yang kukuh dan apabila terdapat perkembangan baru semasa siasatan dijalankan," katanya.

Mengenai masalah pendakwaan di mahkamah rendah, Mohd Zaid berkata Jabatan Peguam Negara bercadang menambah seramai 100 orang lagi penolong pendakwaraya dalam masa terdekat berbanding 90 orang Penolong Pendakwaraya sedia ada.

Selain itu katanya usaha juga dilakukan untuk memperbaiki sistem teknologi informasi (IT) di mahkamah bagi memudahkan pemantauan kes-kes mahkamah untuk membolehkan masyarakat mengetahui status sesuatu kes.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS