Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ong nafi tubuh skuad pengintip
Diterbitkan:  May 14, 2008 4:36 PM
Dikemaskini: 1:55 PM

Presiden MCA Datuk Seri Ong Ka Ting hari ini menafikan tuduhan bahawa beliau telah menubuhkan sebuah skuad pengintip untuk menjalankan risikan pergerakan pemimpin-pemimpin parti itu.

ong ka ting interview 140408 04 "Ia adalah tuduhan yang tidak berasas sama sekali yang telah diperbesar-besarkan.

"Ia idak betul sama-sekali," katanya dalam satu kenyataan selepas menemui panel yang ditubuhkan untuk menyiasat tuduhan tersebut.

"Saya tiada kaitan denganya. Tuduhan itu tidak berasas sama sekali," katanya.

Ong bertemu panel tiga anggota itu yang diketuai oleh Datuk Sak Cheng Lum selama kira-kira tiga jam di Parlimen hari ini.

Dua lagi anggotanya ialah Datuk Michael Chen dan Roger Tan.

Chen memberitahu pemberita di ibu pejabat MCA di Jalan Ampang bahawa presiden parti itu telah menjelaskan pelbagai tuduhan yang dibuat oleh penasihat MCA Petaling Jaya Utara, Wong Leong kepada panel tersebut, Selasa lalu.

Wong mendakwa, Ong telah menubuhkan skuad pengintip itu untuk mendedahkan kehidupan peribadi pemimpin tertentu yang dianggap boleh mengancam kedudukannya dalam parti.

Beliau juga telah menamakan ketua Pemuda MCA yang juga menteri kesihatan Datuk Liow Tiong Lai; timbalan menteri belia dan sukan Wee Jeck Seng dan bekas pemimpin Gerakan Belia Bersatu, Tee Ann Chuan sebagai anggota skuad pengintip tersebut.

mca alleged snoop squad and the targets 130508 Wong juga mendakwa, Tee dibayar oleh Ong sebanyak RM10,000 sebulan untuk tujuan menjalankan intipan tersebut.

Liow dan Wee juga telah menafikan tuduhan tersebut.

Bermotif politik

Hari ini, Ong menegaskan bahawa tuduhan Wong itu bermotifkan politik dan merupakan satu kempen untuk mencemarkan nama baik beliau menjelang pemilihan parti Ogos ini.

"Tidak benar sama sekali yang saya membayar Tee. Tuduhan itu tidak berasas sama sekali," ulangnya.

Ong juga berkata, beliau bertindak atas mandat yang diberikan oleh parti untuk memilih calon-calon bagi pilihanraya umum 8 Mac lalu.

Seteru politiknya mendakwa, beliau telah memilih calon yang salah dan menyebabkan parti itu kalah teruk dalam pilihanraya umum tersebut.

Ong berkata, tuduhan yang dibuat terhadapnya berunsur fitnah dan beliau berhak mengambil tindakan undang-undang.

Perbuatan kotor

Sementara itu, Liow bertemu panel tersebut selama kira-kira 30 minit dan selepas mesyuarat tamat, beliau juga mengeluarkan kenyataan menafikan sebarang pembabitan dalam skuad pengintip tersebut.

"Ini tuduhan yang amat serius dan saya menafikan sekeras-kerasnya sebarang pembabitan (dalam skuad pengintip)," katanya.

Beliau juga berkata, tuduhan itu merupakan satu perbuatan "untuk memburuk-burukkan nama baik dan satu perbuatan kotor untuk mencapai agenda peribadi".

ADS