Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Dalam laporannya bagi tahun 2007, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mendedahkan kelemahan-kelemahan dan menggesa undang-undang yang relevan dipinda bagi memastikan

piihanraya yang adil dan bebas.

election voter 2008 vote ballot box Menurut laporan setebal 312 halaman, Suhakam memandang berat kerana hak-hak asas tertentu berhubung pilihanraya yang adil dan bebas - seperti kebebasan bersuara, kebebasan berpersatuan dan kebebasan

berhimpun - sama ada dihalang atau tidak dipedulikan sewaktu kempen pilihanraya.

Dalam laporan yang diedarkan kepada ahl-ahli parlimen Isnin lalu, Suhakam mendapati wujudnya padang permainan yang tidak sama rata, terutama di segi akses kepada media, kebenaran mengadakan

perhimpunan politi, persempadanan semula kawasan pilihanraya dan penyelesaian di mahkamah.

Mengulas lanjut mengenainya, suruhanjaya itu berkata, calon-calon sepatutnya tidak dibenarkan menggunakan 'cara yang tidak demokratik' untuk menang pilihanraya melalui pembelian undi, menyedia insentif bukan dalam bentuk kewangan dan menggunakan kemudahan dan dana rakyat.

bersih organizer police statement submit 151107 loop Menurutnya lagi, pihak berkuasa mesti menangani tuduhan seperti wujudhnya 'pengundi hantu' serta sistem pilihanraya yang tidak cekap dan tidak adil.

Keyakinan rakyat dalam proses pilihanraya yang adil, tegas suruhanjaya itu, adalah lebih penting daripada mendapat mandat yang besar. Walaupun pilihanraya di Malaysia diadakan dengan bebas, tetapi prosesnya tidak boleh dianggap sebagai benar-benar adil.

Komen tersebut mengesahkan aduan-aduan selama ini yang dibuat oleh parti-parti pembangkang dan badan-badan reformasi pilihanraya, yang menuntut ditubuhkan kerajaan sementara sewaktu pilihanraya bagi menghalang parti pmemerintah menyalahgunakan kemudahan kerajaan.

Walaupun ramai pengundi memilih sebahagian besar calon-calon pembangkang di peringkat parlimen dan negeri dalam pilihanraya ke-12 pada 8 Mac lalu, namun dakwaan berlaku penyelewengan dalam proses pilihanraya tetap berlaku.

suhakam Lebih menarik lagi, laporan tersebut tidak memuatkan respons kerajaan terhadap isu-isu yang dibangkitkan oleh Suhakam dalam laporannya yang lalu.

Suruhanjaya itu menyuarakan kekecewaannya terhadap respons tidak bersungguh-sungguh kerajaan terhadap cadangan-cadangan yang dikemukakannya selama ini.

Suhakam telah membuat banyak cadangan untuk memperbaiki usaha melindungi hak asasi manusia. Suruhanjaya itu berharap kerajaan akan memberi perhatian kepada syor-syor yang dibuatnya melalui

pelbagai laporan yang dikemukakan selama ini.

Menurut laporan itu lagi, sebagai anggota Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Malaysia sepatutnya memainkan peranan utama dalam mempertahankan hak asasi manusia.

Suhakam hanya berkhidmat sebagai badan penasihat kepada kerajaan berhubung perkara yang berkaitan dengan hak asasi manusia. Kerajaan telah menolak permintaan Suhakam supaya ia diberi kuasa penguatkuasaan.

Usaha berulangkali supaya laporan Suhakam dibahaskan di parlimen tidak berjaya, menyebabkan ahli-ahli parlimen pembangkang mempersoalkan komitmen kerajaan dalam mempertahankan hak asasi

manusia.

Antara yang dibangkitkan dalam laporan Suhakam kali ini:

Kebebasan beragama

Suhakam berkata kebebasan beragama dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan dan ia menolak sepenuhnya sebarang usaha untuk menterjemahkan sebarang undang-undang yang berkaitan dengan agama dalam apa cara sekalipun yang mengakibat berlaku ketidakadilan.

Ia juga menggesa para hakim supaya bertindak berani, adil dan jelas dalam menghakimi kes-kes antara-agama yang kompleks, manakala pihak polis dan pihak berkuasa tempatan pula digesa supaya lebih sensitif dalam menguatkuasa undang-undang.

Suhakam mengalu-alukan keputusan Mahkamah Persekutuan Disember lalu bahawa mahkamah (sivil) mempunyai bidangkuasa untuk mendengar kes pertikaian perkahwinan, walaupun jika seorang daripada pasangan terbabit telah memeluk Islam.

Tahanan ISA

Suhakam mengulangi desakannya supaya kerajaan membebaskan tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atau mendakwa mereka di mahkamah.

Kebebasan berhimpun

bersih rally 271207 01 Merujuk kepada reaksi terhadap beberapa perhimpunan besar yang diadakan tahun lalu, Suhakam berkata kerajaan perlu mengkaji semula Akta Polis dan undang-undang pencegahan yang lain yang secara tidak wajar, telah menghalang kebebasan berhimpun dan bersuara.

Suruhanjaya itu juga berkata, polis mesti mengelak bertindak secara melampau yang melanggar kebebasan asas.

Pentadbiran keadilan

Suhakam memandang berat semakan penghakiman telah ditolak dalam beberapa contoh, termasuk permohonan habeas corpus, yang menurut suruhanjaya itu akan menjejaskan hak mendapatkan keadilan dan hak mendapatkan perbicaraan yang adil.

Ia juga menyentuh soal kelewatan perbicaraan mahkamah dan penghakiman bertulis, sambil menegaskan bahawa lebih 1,000 banduan tidak dapat mengemukakan rayuan kerana para hakim dan majistret tidak menyiapkan laporan bertulis lebih awal.

Operasi Rela

Suhakam mencadangkan supaya anggota penguatkuasa yang mempunyai latihan profesional mengenai undang-undang - dari polis hingga ke jabatan imigresen - turut bersama anggota Rela ketika mereka

menjalankan operasi pada masa depan. Ini ekoran dakwaan bahawa anggota Rela telah menyalahgunakan kuasa mereka.

penan benalih baram blockade 270807 Hak penduduk asal

Kerajaan digesa supaya meminda Kanun Tanah Sarawak untuk memasukkan cara unik masyarakat Penan dalam soal pengawasan dan pemilikan tanah, bagi menyelesaikan pertikaian berhubung kedudukan tanah adat penduduk asal.

Pekerja asing

Kerajaan dan kedutaan asing mesti mengkaji secara terperinci proses merekrut dan menjalankan pemantauan dan peraturan yang mencukupi serta menghukum agensi pekerjaan yang melanggar hak asasi

manusia. Suhakam mendapati kebanyakan aduan dari pekerja asing adalah berkaitan dengan tindakan eksploitasi agensi tempatan dan negara luar.

Orang kurang upaya

Suhakam berkata ia berharap penggubalan Rang Undang-undang Orang Kurang Upaya akan meletakkan Malaysia setapak lagi ke arah pengiktirafan Konvensyen PBB mengenai hak Orang Kurang Upaya.

Perlindungan kanak-kanak

Banyak lagi yang mesti dilakukan untuk melindungi kanak-kanak ekoran semakin bertambahnya kes-kes salahlaku dan keganasan terhadap golongan tersebut.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS