Rakyat disaran memakan keledek dan kentang bagi menggantikan nasi sebagai makanan ruji kerana ia boleh mengurangkan penggunaan beras yang harga semakin naik.
Ketua Pengarah Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (Isis) Malaysia, Dr Mahani Zainal Abidin berkata pengambilan ubi bagi menggantikan beras dilihat sesuai dengan trend makanan masyarakat Malaysia sekarang.
"Malah, kanak-kanak juga gemar makan kentang goreng serta pelbagai produk daripada ubi-ubi tersebut.
"Di Jepun, harga ubi keledek sangat mahal kerana penduduknya lebih menggemari makanan itu berbanding nasi," katanya pada Forum Umum Peningkatan Harga dan Kebajikan Rakyat di sini hari ini.
Menurut laporan Bernama, forum tersebut dipengerusikan oleh pengerusi Isis Datuk Seri Mohamed Jawhar Hassan.
Felo kanan Isis, Dr Larry Chee-Yoong Wong, yang turut menjadi ahli panel dalam forum itu, menyokong cadangan Mahani itu dengan berkata ia merupakan langkah yang baik kerana kedua-dua ubi berkenaan mempunyai pelbagai khasiat serta baik untuk kesihatan.
No. 48, Jalan Kemuja, Bangsar Utama 59000 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: 03-2284 3367 (Advertising/Tech/Subscription) | 03-2283 5567 (Editorial) Malaysiakini.com is not responsible for the content of external internet sites