Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Seorang pemimpin PAS mencadangkan penubuhan kementerian pembangunan Islam bagi menguruskan hal ehwal agama Islam di negara ini.

taib azamudden md taib Datuk Taib Azamudden Mohd Taib (PAS-Baling) berkata, bidangkuasa jabatan agama Islam seharusnya bukan terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Kerajaan gagal menguruskan hal ehwal program berkaitan Islam seperti hal pengurusan kekeluargaan Islam, ekonomi dan pendidikan Islam.

Pihak berkuasa juga gagal membimbing saudara baru dan mengendalikan isu berkaitan dengan murtad," katanya ketika berucap di Parlimen semalam.

Taib yang juga ahli jawatankuasa PAS pusat berkata, apabila seseorang memeluk Islam, dia tertakluk dengan apa saja ajaran Islam secara menyeluruh.

Oleh itu, katanya, perlu ada akta bagi membolehkan pihak berkenaan menemui orang yang mahu meninggalkan agama Islam bagi mengenalpasti sebab mereka mahu berbuat demikian.

"Kita tidak mahu ada yang salah tafsir iaitu boleh memeluk agama Islam dan keluar sesuka hati," katanya.

Program 'Bicara Mufti'

Semalam, Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang membenarkan Siti Fatimah Tan Abdullah @ Tan Ean Huang,38, untuk mendapatkan pengisytiharan keluar daripada agama Islam (murtad).

Menurut kenyataan plaintif dia tidak pernah yakin dengan ajaran agama Islam dan memeluk agama tersebut hanya untuk membolehkanya berkahwin dengan lelaki warga negara Iran.

Hakim Othman Ibrahim kesal kerana Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) yang seharusnya menyelia dan membimbing saudara baru ini tidak menjalankan tugas mereka dengan sempurna.

Othman berkata mahkamah tiada pilihan dan mengumumkan Siti Fatimah bukan lagi seorang Islam kerana dia tidak pernah mengamalkan ajaran Islam.

Oleh itu, beliau mengarahkan supaya dibatalkan sijil (Siti Fatimah) memeluk Islam.

Siti Fatimah berkata dia tidak pernah mengamalkan ajaran Islam sejak memeluk agama itu pada 1998.

Katanya, dia memeluk agama Islam untuk berkahwin dengan seorang rakyat Iran, Ferdoun Ashanian.

Taib juga mempersoalkan program seperti Bicara Mufti yang disiarkan awal pagi setiap hari.

"Siapa yang hendak tengok rancangan tersebut?" katanya yang turut mempersoalkan rancangan ulangan khutbah Jumaat, jam 1.45 pagi hari yang sama.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS