Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Raja Petra didakwa esok
Diterbitkan:  May 5, 2008 11:00 PM
Dikemaskini: May 6, 2008 1:23 AM

Raja Petra Kamaruddin, pengendali blog Malaysia Today , akan dihadapkan di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur di Jalan Duta esok atas tuduhan menghasut.

"Saya telah diarahkan supaya menyerah diri di Mahkamah Majistret Jalan Duta pada jam 9.30 pagi esok...untuk diakwa atas tuduhan menghasut," katanya malam ini.

raja petra police questioning 020508 Jumaat lalu, Raja Petra dipanggil memberi kenyataan kepada polis berhubung artikel dalam blognya, Malaysia Today dua minggu lalu berkaitan dengan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Pada 25 April, Raja Petra menyiarkan satu artkel bertajuk 'Let's send the Altantuya murderers to hell' dalam blognya, Malaysia Today. Artikel itu mengaitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dalam kes berprofail tinggi itu.

Najib kemudiannya menafikan perkara itu melalui setiausaha akhbarnya, Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad. Rosmah juga telah menafikan dakwaan terhadapnya itu.

Perbicaraan kes pembunuhan Altantunya sedang berjalan di Shah Alam.

Enggan beri kenyataan

Teman rapat Najib, penganalisa politik Abdul Razak Baginda dan dua anggota polis telah didakwa membunuh wanita Mongolia itu.

Raja Petra enggan memberi kenyataannya kepada pihak polis kerana menurutnya, tidak mahu terbabit dengan "permainan politik mereka".

Blogger berusia 58 tahun itu tidak sunyi dengan kontroversi. November lalu, beliau disoal siasat selama lapan jam selepas bekas menteri besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib membuat laporan polis terhadapnya.

Muhd Taib, yang juga ketua penerangan Umno dan menteri pembangunan wilayah dan luar bandar, mendakwa Raja Petra telah menyiarkan artikel yang menghina Yang di-Pertuan Agong dan Islam.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS