How To Avoid New Year Hangovers...
  Internet Trends 2009
  Rihanna Live in Kuala Lumpur 2009!
  See Feel Think Do
  ieatmusic + VIMA = INDIE
  Fashion and Retail Predictions for 2009
  Chiang Mai on a Budget
  Top 10 Scariest Movies Ever?
  Christmas 2008 at Bukit Bintang, Kuala Lumpur
  The SPIRIT Review
  The Politics of Hunger: When Policies and Markets Fail the Poor
  March 8: Eclipsing May 13 (Hardback edition)
  Malaya's First Year at the United Nations: As Reflected in Dr Ismail's Reports Home to Tunku Abdul Rahman (Hardback edition)
  The Asian Renaissance
  The Malay Dilemma
  -    +  
Adjust font size:
Mufti benar Jom Heboh, syaratnya...
Apr 30, 08 11:08pm
Berbeza dengan keputusan rakan sejawatnya di Perak, mufti Perlis tidak secara langsung mengharamkan konsert dalam program 'Jom Heboh' TV3 yang akan diadakan hujung minggu di negeri itu.

Jabatan Mufti Perlis bagaimanapun mengemukakan garis panduan ketat sebelum konsert hiburan diadakan.

Muftinya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata "Jom Heboh tanpa konsert adalah satu keutamaan" jika ia hendak diadakan.

"Artis-artis yang menimbulkan contoh-contoh yang buruk seperti Faizal Tahir atau aliran artis lain daripada aliran rock, dangdut dan seumpamanya yang mempromosikan gelagat-gelagat liar dan ala kebudak-budakan yang menghapuskan nilai-nilai kematangan hidup tidak boleh dibenarkan," katanya hari ini.

perlis malaysia youngest mufti mohd asri zainul abidin 241106Menurut kenyataannya yang dimuatkan di blognya, senarai artis bakal mengadakan persembahan hendaklah mendapat persetujuan Jabatan Mufti.

"Secara umumnya dicadangkan artis-artis puisi seperti Kopratasa, Ramli Sarip dan Suhaimi Mior Hassan ataupun kumpulan-kumpulan nasyid di tanah air," kata Dr Mohd Asri.

Program stesen TV swasta itu yang pada asalnya dikenali karnival 'Sure Heboh' dilancarkan pada Julai 2003 sebelum diubah namanya seperti sekarang pada 2006.

Program bergerak setiap bulan secara bergilir-gilir di negeri-negeri di Malaysia mendapat bantahan Majlis Mufti Malaysia pada 30 Julai 2004.

Mereka - melalui mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria - mengeluarkan kenyataan bahawa konsert Sure Heboh itu haram kerana melalaikan dan menggalakkan maksiat.

Walaupun mufti negeri tetap membantah Jom Heboh dengan alasan sama, program tersebut tetap diadakan di Ipoh pada 5 dan 6 Mei tahun lepas.

Bagaimanapun TV3 dilaporkan tidak mengadakannya di negeri itu, tahun ini.

Syarat-syarat tambahan yang disarankan mufti Perlis termasuklah:

bullet button Sebarang aktiviti-aktiviti yang memperlihatkan nilai-nilai kebodohan yang seakan-akan memperlekehkan akal dan pemikiran rakyat tidak boleh dibenarkan.

bullet buttonUnsur-unsur khurafat seperti penampilan kepercayaan-kepercayaan misteri dan karut tidak dibenarkan, termasuk larangan jualan barang-barangan dianggap khurafat dan tahyul seperti kayu koka.

bullet buttonPenganjur hendaklah menghormati sensitiviti orang Islam seperti tidak menguatkan bunyi-bunyian pada waktu solat sehingga kelihatan seperti tidak menghormati agama.


Advertisement

Diy Day Banner

Advertise here ( RM10/day )

Advertise here ( RM10/day )

Diy Day Banner