Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ketua Umno bahagian Cheras Senator Datuk Syed Ali Al Habshee berkata adalah tidak adil bagi badan perhubungan UmnoWilayah Persekutuan (WP) untuk menyalahkan bahagian tersebut di atas kekalahan calon Barisan Nasional (BN) di kawasan parlimen tersebut.

syed ali al habshee Katanya, ini kerana 90 peratus pengundi di situ terdiri daripada orang bukan Melayu dan mereka menolak calon BN dari MCA kali ini.

Beliau merasakan 10 peratus orang Melayu dan ahli Umno mengundi calon BN manakala pengundi bangsa lain tidak menyokong atau tidak keluar mengundi.

Dalam pilihanraya umum lalu, calon BN, calon DAP, Tan Kok Wai berjaya mempertahankan kerusi tersebut dengan majoriti lebih besar - 28,300 undi - berbanding dengan 11,861 undi pada 2004.

Kawasan tersebut mempunyai 68,725 pengundi dengan majoritinya pengundi Cina (84.10 peratus), Melayu (9.6 peratus), 6.2 peratus India dan lain-lain kaum (0.10 peratus).

Syed Ali menegaskan demikian sebagai mengulas kenyataan ketua penerangan Umno WP, Datuk Suhaili Abdul Rahman yang menyalahkan ketua bahagian Cheras itu di atas kekalahan calon BN dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu.

Ini ekoran tindakan bahagian Cheras mengadakan perhimpunan khas (EGM) Ahad lalu yang meluluskan 15 resolusi termasuk desakan supaya ketua badan perhubungan Umno WP, Datuk Zulhasnan Rafique supaya digantikan dengan Datuk Tengku Adnan Mansor.

zulhasnan rafique Desakan itu dibuat kerana bahagian berkenaan menganggap Zulhasnan perlu bertanggungjawab terhadap kekalahan teruk BN yang hanya menang tiga daripada 13 kerusi parlimen di Wilayah Persekutuan.

Dan semalam, Suhaili memanggil satu sidang akhbar khas untuk mengumumkan bahawa 10 daripada 13 ketua bahagian di WP menyokong kepimpinan Zulhasnan.

Sebab tak sokong

Keputusan tersebut, katanya, dibuat dalam satu mesyuarat pada 26 Mac lalu bagi menentukan siapakah yang harus menjadi ketua perhubungan Umno WP.

Menurutnya, Syed Ali sepatutnya meletakkan jawatan terlebih dahulu, kerana parlimen Cheras juga tewas, sekiranya beliau mahu Zulhasnan bertanggungjawab terhadap kekalahan BN di WP.

"Siapa ketua bahagian yang menyuruh saya meletakkan jawatan sebagai ketua Umno bahagian Cheras?

"Permintaan mereka itu bersifat peribadi kerana tidak mendapat persetujuan ahli-ahli di bahagian masing-masing.

Syed Ali berkata, tindakan ketua bahagian mempertahankan kepimpinan Zulhasnan tidak lebih daripada untuk mengampu kerana mereka mempunyai kepentingan.

Ketika ditanya mengapa wakil Umno bahagian Cheras, Datuk Mahadi Abdul Shukor yang juga timbalan ketua bahagian, tidak menandatangi surat menyokong Zulhasnan dalam mesyuarat 26 Mac lalu, Syed Ali berkata:

"Beliau tidak berbuat demikian kerana bahagian Cheras tidak menyokong menteri Wilayah Persekutuan itu."

ADS