MPF: 'Dinosaur celupar' dalam Pakatan
Apr 23, 08 3:11pm
Malang jika seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat begitu mudah terpengaruh dengan laporan akhbar arus perdana sehingga melatah menggesa PAS menggugurkan agenda negara Islam, kata Forum Profesional Muslim (MPF).

"Pemimpin de facto Pakatan Rakyat dan majlis perundingan Pakatan mesti mengekang dinosaur yang sering pula 'celupar' dan pendek akal sehingga gagal membezakan fakta dan cereka," kata pengerusi badan itu Dr. Mazeni Alwi.

abdul razak baginda mongolian model murder 141206 karpal singhBeliau mengulas gesaan pengerusi DAP Karpal Singh semalam agar PAS menggugurkan agenda parti itu untuk menubuhkan negara Islam.

Ahli parlimen Bukit Gelugor itu berkata, janggal bagi parti itu untuk meneruskan agendanya tersebut dan pada masa yang bekerjasama dengan dua parti lain dalam Pakatan, PKR dan DAP.

"Walaupun PAS memberi tumpuan kepada agenda Pakatan Rakyat untuk mewujudkan sebuah negara kebajikan dan memulihkan demokrasi dan urus tadbir yang baik, tetapi ia tetap dengan agendanya untuk menubuhkan sebuah negara Islam.

"Kenyataan yang dibuat oleh ahli parlimen PAS bagi Kuala Selangor, Dr Dzulkifly Ahmad, pastinya tidak membantu menjayakan perjuangan Pakatan rakyat," kata Karpal lagi.

Dalam satu kenyataan hari ini, Dr. Mazeni berkata sesiapa yang mengikuti perkembangan politik Malaysia kini mengenali Dr Dzulkifly sebagai seorang tokoh PAS yang menjunjung politik Islam yang serasi dengan prinsip-prinsip asas demokrasi, tadbir urus yang baik dan menghormati kebebasan asas.

pas islamic state agenda hadi and nik aziz 200105Karpal mengulas laporan kenyataan pengarah Pusat Penyelidikan PAS itu sewaktu mendiskusikan buku Dr Abdelwahab Al-Affendi, Who Needs an Islamic State hujung minggu lalu anjuran MPF.

Dalam diskusi itu, tambah Dr Mazeni lagi, Dr Dzulkifly berkata "kalaulah saya pengarang buku ini."

Karya penulis Sudan itu membahaskan konsep politik Islam yang berbeza daripada negara teokratik yang ditakuti Karpal, kata Dr Mazeni, kepada politik Islam yang menghargai nilai-nilai yang sejajar dengan demokrasi.

"Beliau (Dr Dzulkifly) sebenarnya memainkan peranan penting mencipta semula (imej) PAS dan menyediakan manifesto (negara kebajikan) dalam pilihanraya umum ke-12 yang jelas sekali mendukung semangat politik seumpama itu," tambahnya.
Berita Terkini dalam SMS
Maxis users
- Taip SMS "BUY MKINIM" dan hantar ke "26000" (caj bulanan RM 5.00)
- Taip "BUY WMKINIM" dan hantar ke "26000" (caj mingguan RM 1.50)
Umobile users
- Taip "ON NW MKINIBM" dan hantar ke "28118" (caj bulanan RM 5.00)
 
 
Untuk penguna Maxis, UMobile, Digi , dapatkan berita sms
Dapatkan Mobilekini untuk membaca cerita penuh di telephone bimbit
Singkatan berita setiap hari
Email:
Bersamalah 2800+ kawan di kumpulan Facebook Malaysiakini
Ikuti berita Malaysiakini menerusi Twitter
Diy Day Banner

Advertise here ( RM10/day )

Advertise here ( RM10/day )

Diy Day Banner