Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Teng dilantik Speaker DUN S'gor
Diterbitkan:  Apr 20, 2008 2:51 PM
Dikemaskini: Apr 21, 2008 3:56 AM

Wakil rakyat DAP bagi Sungai Pinang, Teng Chang Khim telah dilantik sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Beliau merupakan penyandang bukan Melayu pertama yang dilantik memegang jawatan tersebut.

zakaria development project 211106 teng chang khim Pelantikan Teng yang merupakan bekas ketua pembangkang di DUN Selangor, diumumkan oleh menteri besar, Khalid Ibrahim hari ini.

Pengumuman itu mengesahkan spekulasi sebelum ini bahawa Teng akan dilantik sebagai Speaker selepas tidak dilantik dalam barisan exco kerajaan negeri Selangor.

Khalid juga mengumumkan pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taman Medan, Haniza Talha sebagai timbalan Speaker.

Beliau merupakan naib ketua Wanita PKR pusat dan ketua Wanita PKR Selangor.

Sementara itu, bekas setiausaha agung Gerakan, Lee Kah Choon, yang bersara dari politik tiga minggu lalu, dijangka dilantik sebagai pengarah Perbadanan Kemajuan Pulau Pinang (PDC) dan InvestPenang.

lee kah choon and gerakan Rabu lalu, edisi bahasa Cina Malaysiakini melaporkan ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dijangka melantik Lee ke jawatan tersebut bagi memperkukuhkan lagi pentadbiran kerajaan negeri.

PDC berfungsi sebagai badan pelabur kerajaan negeri dan antara tugasnya ialah untuk merancang projek-projek pembangunan, manakala InvestPenang pula ditugaskanmenarik pelabur ke negeri tersebut.

Lembaga pengarah PDC secara tradisinya diketuai oleh dua timbalan ketua menteri - Mohammad Fairus Khairuddin dan Dr P Ramasamy.

Bulan lalu, Lee melepas semua jawatan parti yang disandangnya, iaitu pengerusi Gerakan bahagian Jelutong, penolong setiausaha Gerakan Pulau Pinang, anggota jawatankuasa kerja Gerakan di peringkat negeri dan pusat.

ADS