See Feel Think Do
  ieatmusic + VIMA = INDIE
  Fashion and Retail Predictions for 2009
  Chiang Mai on a Budget
  Top 10 Scariest Movies Ever?
  Christmas 2008 at Bukit Bintang, Kuala Lumpur
  The SPIRIT Review
  Motherjane -Best International Act Nominee (VIMA)
  Win Exclusive Passes to Attend The VIMAs (Malaysia's First Indie Music Awards).
  Stills from Valkyrie
  The Politics of Hunger: When Policies and Markets Fail the Poor
  March 8: Eclipsing May 13 (Hardback edition)
  Malaya's First Year at the United Nations: As Reflected in Dr Ismail's Reports Home to Tunku Abdul Rahman (Hardback edition)
  The Asian Renaissance
  The Malay Dilemma
  -    +  
Adjust font size:
PAS nafi 'tunjang' Pakatan Rakyat
Apr 7, 08 11:29pm
PAS menafikan ia mahu menjadi "tunjang" Pakatan Rakyat seperti digembar-gemburkan media sehingga mengundang reaksi negatif pemimpin-pemimpin DAP.

Timbalan menteri besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob - yang dilaporkan memulakan kenyataan kontroversi itu minggu lalu - berkata beliau tidak bermaksud memaksa DAP dan PKR menerima PAS sebagai teras utama pakatan yang baru diumumkan.

"Pakatan itu masih lagi di peringkat awal yang dipersetujui semua parti pembangkang termasuk PAS, PKR dan DAP. Jadi soal siapa yang perlu mengetuai pakatan itu belum diputuskan.

"Sesiapa pun boleh mengetuai pakatan tersebut apabila ia dipersetujui semua ahli dalam pakatan yang dibentuk," katanya hari ini seperti dilaporkan Harakahdaily.net.

pas pkr dap pc barisan rakyat coalition 010408 02Pakatan, nama awal yang masih di peringkat cadangan, diumumkan 1 April lalu kini menunggu keputusan muktamad daripada setiap satu daripada tiga parti pembangkang itu.

Keputusan menubuhkannya dibuat dalam satu perjumpaan awal minggu lepas yang dihadiri ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, presiden PKR Dr Wan Azizah Ismail, presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan tokoh utama DAP Lim Kit Siang.

Ahmad melahirkan rasa kesal pada laporan-laporan media yang dianggapnya "menyimpang daripada kenyataan asalnya" mengenai isu tersebut.

Memetik Ahmad, agensi berita Bernama pada 2 April melaporkan "PAS wajar menjadi tunjang kepada pakatan itu sekiranya ia mahu merealisasikan impian menubuhkan sebuah Negara Islam."

"Memang ideologi PAS, DAP dan PKR tidak sama, tetapi kita yakin masih ada ruang yang mampu mewujudkan persefahaman bagi memastikan Pakatan Rakyat ini dapat dilaksanakan," beliau dipetik sebagai berkata.

"Tiada halangan untuk PAS wujudkan kerajaan Islam kerana Islam tidak akan mengabaikan mana-mana pihak, apa yang penting ialah kita saling memahami dan sekali gus menjadikan Pakatan Rakyat sebagai alternatif kepada BN."

Menurut media rasmi PAS lagi, kenyataan pemimpin parti itu ditulis mengikut "persepsi wartawan sendiri" dan bukannya menulis apa yang disampaikannya.

Ahmad dilaporkan berkata kenyataannya tidak pernah menyebut soal negara Islam seperti dilaporkan.

Tambahnya, beliau sebenarnya mahu memberi masa kepada mana-mana pihak dalam Pakatan Rakyat memahami mengenai konsep pentadbiran berteraskan Islam yang dilaksanakan di Kelantan sejak lebih 18 tahun.

"Tidak dinafikan kita memerlukan masa untuk memberi kefahaman kepada semua pihak mengenai konsep pentadbiran Islam yang dibawa PAS.

"Buat masa ini biarlah semua ahli dalam pakatan faham sebelum sesuatu itu dilaksanakan. Ini kerana pakatan yang dibentuk dilihat sudah diterima rakyat," beliau, yang juga timbalan pesuruhjaya PAS negeri, dilaporkan berkata.

pas and dap flagsSementara itu pengerusi DAP Karpal Singh hari ini menafikan beliau memperkeci-kecilkan usaha Kelantan melaksanakan pentadbiran Islam seperti dituduh menteri besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam, lapor Bernama.

Sambil menyifatkan kenyataan Nik Abdul Aziz "mengelirukan", Karpal berkata dalam satu kenyataan: "Saya tidak pernah, pada bila-bila masa pun, memperkecil-kecilkan Islam.

"Kami tidak berbalah dengan PAS melainkan berhubung ideologi asas parti itu untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Islam dan memperkenalkan undang-undang hudud."

Mursyidul am PAS itu dilaporkan mengkritik ahli parlimen Bukit Gelugor setelah menyatakan parti itu tidak seharusnya bermimpi untuk menjadi tunjang Pakatan Rakyat yang dicadangkan itu dan mewujudkan sebuah negara Islam.

Nik Abdul Aziz juga menyifatkan kenyataan DAP itu sebagai memperkecil-kecilkan usaha Kelantan untuk mempromosikan Islam.


Advertisement

Diy Day Banner

Advertise here ( RM10/day )

Advertise here ( RM10/day )

Diy Day Banner