See Feel Think Do
  ieatmusic + VIMA = INDIE
  Fashion and Retail Predictions for 2009
  Chiang Mai on a Budget
  Top 10 Scariest Movies Ever?
  Christmas 2008 at Bukit Bintang, Kuala Lumpur
  The SPIRIT Review
  Motherjane -Best International Act Nominee (VIMA)
  Win Exclusive Passes to Attend The VIMAs (Malaysia's First Indie Music Awards).
  Stills from Valkyrie
  The Politics of Hunger: When Policies and Markets Fail the Poor
  March 8: Eclipsing May 13 (Hardback edition)
  Malaya's First Year at the United Nations: As Reflected in Dr Ismail's Reports Home to Tunku Abdul Rahman (Hardback edition)
  The Asian Renaissance
  The Malay Dilemma
  -    +  
Adjust font size:
Anwar mahu ke Sabah, Sarawak
Apr 5, 08 4:31pm
Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bercadang ke Sabah dan Sarawak, tidak lama selepas lawatan perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, menguatkan lagi spekulasi awal bahawa wujud keresahan politik dalam kalangan ahli parlimen BN.

"Insya Allah saya akan ke sana dalam masa terdekat," katanya hari ini, menjawab pertanyaan seorang pengunjung blognya kelmarin.

anwar pkfz pc 191207 disclosePengunjung itu yang dikenali Datuk Halik Zaman mengharapkan "amanat yang segar" daripada bekas timbalan perdana menteri itu kepada barisan pemimpin PKR Sabah yang, menurutnya, "kurang arif dengan istilah 'hikmah muafakat' dalam PKR."

"Agar tidak ada lagi orang-orang Sabah berani menulis poster dengan tulisan PKRS (Parti Keadilan Rakyat Sabah)," tulis pengunjung itu 3 April.

"(Keadaan) ini mungkin kerana sebilangan pemimpin parti masih ada lagi kurang arif tentang istilah PKR," katanya lagi, "lalu mengadakan 'jurang perbezaan antara Sabah dan Semenanjung' maka timbullah PKRS."

Anwar menambah, melalui coretan ringkas di blognya, banyak liputan media menyatakan beliau ke Kota Kinabalu dan Kuching sesudah pilihanraya umum ke-12.

"Walhal saya belum pun ke sana. (ketawa) Siapa gerangan pelanduk dua serupa?" katanya.

anwar election reforms parliament voting ballot 210707Malaysia timur mula menjadi perhatian selepas pilihanraya umum 8 Mac susulan ura-ura sebahagian wakil rakyat BN akan melompat kepada parti-parti pembangkang.

BN Sabah dan Sarawak juga dilaporkan tidak berpuas hati dengan pengagihan jawatan dalam kabinet.

Dua ahli parlimen Sabah meninggalkan jawatan timbalan menteri yang ditugaskan kepada mereka, sementara dua wakil rakyat BN Sarawak menimbulkan kegemparan apabila tersebar khabar angin mereka telah keluar parti sebagai membantah barisan kabinet 2008.

Anwar sendiri menyatakan beliau berhubung dengan wakil-wakil BN di Malaysia timur dalam rangka mengalih sokongan kepada Pakatan Rakyat.

Abdullah baru-baru ini ke Kuching, antaranya, dipercayai untuk meredakan ura-ura usaha melompat parti.

BN Sarawak kemudiannya menyatakan kesetiaan bersama Perdana Menteri dan tidak akan berpindah sokongan kepada pembangkang.

Semuanya ini gara-gara tersebar berita bahawa pembangkang berusaha "membeli" 30 wakil BN untuk mencapai jumlah majoriti dua pertiga - dan sekali gus membentuk kerajaan persekutuan.

BN menang di 140 kerusi parlimen, manakala PKR (31), DAP (28) dan PAS (23).


Advertisement

Diy Day Banner

Advertise here ( RM10/day )

Advertise here ( RM10/day )

Diy Day Banner