Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Semua 23 Adun BN sokong Ahmad
Diterbitkan:  Mar 28, 2008 3:40 PM
Dikemaskini: 5:07 PM

Kesemu 23 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN Terengganu, termasuk bekas menteri besar Datuk Seri Idris Jusoh, akur dengan arahan perdana menteri supaya menerima pelantikan wakil rakyat Kijal, Datuk Ahmad Said sebagai menteri besar baru Terengganu.
Setiausaha badan perhubungan Umno negeri yang juga Adun Ajil, berkata mereka menerima pelantikan Ahmad, menggantikan Idris Jusoh.

Katanya, kesemua Adun terbabit menyatakan sokongan kepada Ahmad di hadapan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam satu pertemuan di Kuala Lumpur kira-kira jam 8 malam tadi.

Laman web Utusan Malaysia memetik Rosol sebagai berkata dalam pertemuan tersebut, Abdullah menerangkan kepada mereka sebab mengapa Majlis Tertinggi (MT) Umno membuat keputusan mengiktiraf pelantikan Ahmad.

Ahmad telah dilantik oleh Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) untuk jawatan itu selepas BN berjaya mengekalkan negeri itu dengan majoriti dua pertiga.

Bagaimanapun, pelantikan Ahmad dibantah oleh 22 Adun yang menyokong Idris yang telah menerima surat pelantikan semula sebagai menteri besar daripada perdana menteri.

Bagaimanapun isu tersebut selesai selepas Abdullah mengadap Yang di-Pertuan Agong, yang juga Sultan Terengganu, kelmarin dan malam tadi mesyuarat MT memutuskan untuk menerima pelantikan Ahmad.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS