Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaannya akan meneruskan usaha kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini untuk membersihkan semua penempatan setinggan di negeri tersebut.

khalid ibrahim interview 250308 03 Dasar setinggan sifar itu yang diperkenalkan oleh menteri besar sebelumnya, Datuk Dr Mohd Khir Toyo - termasuk merobohkan penempatan yang sudah berdekad usianya - telah mencetuskan kemarahan banyak pihak, termasuk aktivis politik.

Oleh itu, ia pastinya mengejutkan pihak-pihak berkenaan apabila Khalid mahu meneruskan dasar tersebut, memandangkan sebelum ini, partinya, PKR, merupakan barisan hadapan dalam usaha mempertahankan hak-hak penduduk setinggan, antaranya, di di Kampung Berembang di Jalan Ampang.

Menurut Khalid, persoalan tanah itu milik siapa serta kepentingan pemilih tanah juga mesti turut ditangani.

"Kita mahu memenuhi kehendak golongan setinggan serta mengambilkira kos (yang ditanggung) oleh pemaju," tambahnya dalam temubual eksklusif dengan Malaysiakini (Inggeris) di pejabatnya.

Berikut adalah wawancara penuh temubual tersebut.

Q&A: We will 'pursue' Khir Toyo


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS