Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Idris pohon keampunan sultan
Diterbitkan:  Mar 25, 2008 3:56 PM
Dikemaskini: 8:45 AM

Bekas menteri besar Terengganu itu sekali lagi memohon keampunan daripada Sultan Terengganu di atas segala kesilapan yang telah menimbul kemurkaan baginda.

Beliau bagaimanapun tidak menerangkan lebih lanjut mengenai perkara tersebut.

sultan mizan and idris juoh and terengganu Pada masa yang sama, beliau juga mempertikaikan pelantikan Datuk Ahmad Said, dengan sokongan istana, sebagai menteri besar yang baru.

Ahmad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal, memulakan tugasnya sebagai menteri besar mulai hari ini.

Idris yang juga pengerusi badan perhubungan Umno Terengganu berkata, sebelum ini, beliau juga telah mengadap sultan, yang juga Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, pada 23 Februari lalu dan telah memohon keampunan baginda.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di sebuah hotel di Subang petang ini, Idris berkata, beliau sepatutnya menghadap baginda sekali lagi pada 9 Mac lalu, tetapi ia tidak menjadi kenyataan.

Tanggal itu sehari selepas berlangsungnya pilihanraya umum yang menyaksikan BN kembali mempertahankan Terengganu dengan memenangi 24 daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri.

[Berita ini telah dikemaskini di sini ] .

ADS