How To Avoid New Year Hangovers...
  Internet Trends 2009
  Rihanna Live in Kuala Lumpur 2009!
  See Feel Think Do
  ieatmusic + VIMA = INDIE
  Fashion and Retail Predictions for 2009
  Chiang Mai on a Budget
  Top 10 Scariest Movies Ever?
  Christmas 2008 at Bukit Bintang, Kuala Lumpur
  The SPIRIT Review
  The Politics of Hunger: When Policies and Markets Fail the Poor
  March 8: Eclipsing May 13 (Hardback edition)
  Malaya's First Year at the United Nations: As Reflected in Dr Ismail's Reports Home to Tunku Abdul Rahman (Hardback edition)
  The Asian Renaissance
  The Malay Dilemma
  -    +  
Adjust font size:
Musa: BN tidak boleh halang Anwar
Mar 19, 08 4:30pm

Barisan Nasional (BN) tidak boleh menghalang ketua umum PKR  Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada bercakap dengan wakil rakyat BN, kata ketua menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

Beliau menyatakan demikian ketika diminta mengulas kenyataan Anwar yang mengesahkan bekas timbalan perdana menteri itu sedang berusaha mendapatkan sokongan ahli parlimen Sabah dan Sarawak untuk menyertai parti pembangkang itu.

musa aman 02Bagaimanapun, Musa percaya ahli-ahli parlimen BN di negeri itu akan terus setia kepada BN.
    
"Kita tidak boleh menghalang Datuk Seri Anwar daripada bercakap dengan wakil rakyat kita, tetapi kita percaya wakil rakyat BN akan tetap terus setia kepada BN dan tidak akan menganggotai mana-mana parti pembangkang," tegasnya.
    
"Jadi saya mempunyai kepercayaan tinggi sebab wakil-wakil BN ini adalah orang-orang yang berwibawa dan bertanggungjawab.

"Mereka dipilih sebagai wakil rakyat menerusi BN, jadi saya percaya mereka akan mempertahankan kewibawaan mereka sebagai wakil BN," katanya dalam laporan Bernama.

Tarik sokongan 

Sebelum itu, beliau mempengerusikan mesyuarat pertama Kabinet negeri selepas Barisan Nasional (BN)  Sabah memenangi pilihanraya umum lepas.

Dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu, BN kembali memerintah di peringkat pusat tetapi gagal mengekalkan penguasaan dua pertiga di Dewan Rakyat.

Pada keseluruhnya, BN memenangi 140 kerusi parlimen - termasuk 42 kerusi dari Sabah dan Sarawak - kurang lapan kerusi untuk majoriti dua pertiga.

Manakala barisan pembangkang memenangi 82 kerusi. PKR mendapat kerusi parlimen terbanyak, iaitu 31 kerusi, diikuti DAP (28) dan PAS (23).

Di peringkat negeri pula, barisan pembangkang berjaya menawan empat negeri - Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor - manakala PAS kekal menguasai Kelantan.

Ekoran itu, timbul desas-desus wujudnya usaha BN dan barisan pembangkang untuk menarik sokongan wakil rakyat dari kedua belah pihak bagi mendapatkan penguasaan majoriti dua pertiga.



Advertisement

Diy Day Banner

Advertise here ( RM10/day )

Advertise here ( RM10/day )

Diy Day Banner