How To Avoid New Year Hangovers...
  Internet Trends 2009
  Rihanna Live in Kuala Lumpur 2009!
  See Feel Think Do
  ieatmusic + VIMA = INDIE
  Fashion and Retail Predictions for 2009
  Chiang Mai on a Budget
  Top 10 Scariest Movies Ever?
  Christmas 2008 at Bukit Bintang, Kuala Lumpur
  The SPIRIT Review
  The Politics of Hunger: When Policies and Markets Fail the Poor
  March 8: Eclipsing May 13 (Hardback edition)
  Malaya's First Year at the United Nations: As Reflected in Dr Ismail's Reports Home to Tunku Abdul Rahman (Hardback edition)
  The Asian Renaissance
  The Malay Dilemma
  -    +  
Adjust font size:
Sy Hamid, bebaskan pemimpin Hindraf
Mar 18, 08 5:40pm
Hindu Sangam Malaysia menggesa Menteri Dalam Negeri yang baru, Datuk Seri Syed Hamid Albar, supaya membebaskan segera lima pemimpin Hindraf yang ditahan  bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Mereka ialah M Manoharan, P Uthayakumar, R Kengadharan, V Ganabathi Rau dan T Vasantha Kumar.

Presidennya Datuk A Vaithilingam berkata, tidak adil untuk terus menahan mereka tanpa bicara.

Katanya, gesaan yang sama juga ditujukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

syed hamid albarSyed Hamid dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri dalam barisan kabinet yang diumumkan oleh Abdullah tengah hari tadi.

Sebelum ini, Syed Hamid adalah menteri luar.

Dalam satu kenyataan sebagai mengulaskan pelantikan kabinet baru itu, Vaithilingam juga berharap, Syed Hamid dapat menyelesaikan segera isu-isu pengeluaran visa untuk kakitangan agama dan visa untuk suami atau isteri rakyat asing yang berkahwin dengan penduduk tempatan.

"Kita yakin setiausaha agung MIC yang baru dilantik sebagai Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam akan bekerjasama dengan Datuk Syed Hamid dalam menangani masalah-masalah yang dihadapi oleh pekerja asing dari India dan pekerja ladang - yang majoritinya rakyat Malaysia keturunan India serta isu-isu berkaitan dengan kuil," katanya.

Tubuh suruhanjaya bebas

Di samping itu, beliau juga mengalu-alukan pelantikan Datuk Mohd Zaid Ibrahim sebagai menteri kabinet yang dipertanggungjawab terhadap hal-ehwal perundangan dan reformasi badan kehakiman.

"Hindu Sangam Malaysia amat-amat berharap agar pelbagai isu yang menjejaskan perpaduan negara, di segi perundangan dan keputusan kehakiman yang tidak menghormai kebebasan beragama semua rakyat Malaysia, akan dapat ditangani," katanya.

Amat penting sekali, katanya, digubal satu perundangan untuk mewujudkan sebuah suruhanjaya bebas pelantikan badan kehakiman.

"Kita berharap ahli-ahli parlimen pembangkang akan bekerjasama dengan kerajaan untuk merealisasikannya," kata Vaithilingam.

Beliau juga menggesa kerajaan pusat dan kerajaan-kerajaan negeri supaya bekerjsama dengan Hindu Sangam Malaysia dan rakan-rakannya dalam Majlis Perundingan Malaysia bagi Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (MCCBCHST) untuk menangani banyak isu yang menjejaskan masyarakat Hindu di seluruh negara.

Katanya, ia termasuk memastikan arahan Perdana Menteri supaya dihentikan perobohan kuil-kuil, di samping mengadakan dialog supaya rumah ibadat itu dapat terus memainkan peranannya ke arah mewujudkan masyarakat yang progresif, harmoni, beretika dan bermoral tinggi.

"Hindu Sangam Malaysia, selaku badan yang mewakili masyarakat Hindu di Malaysia, memberi komitmen untuk bekerjasama rapat dengan kerajaan pusat dan semua kerajaan negeri, tanpa mengira pegangan politik supaya rakyat Malaysia dapat hidup dalam aman dan harmoni," katanya.


Advertisement

Diy Day Banner

Advertise here ( RM10/day )

Advertise here ( RM10/day )

Diy Day Banner