Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PM: Biar Pemuda tentukan Mukhriz
Diterbitkan:  Mar 14, 2008 11:59 PM
Dikemaskini: 9:06 PM

Tindakan disiplin terhadap Datuk Mukhriz Mahathir, yang mendesak Perdana Menteri meletakkan jawatan selepas kekalahan memalukan BN, terserah kepada Pemuda Umno, kata presiden parti itu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.

Mukhriz, seorang exco Pemuda Umno, membuat desakan itu melalui sepucuk surat peribadi kepada Abdullah dan salinannya disampaikan kepada beberapa pemimpin atasan parti itu.

Surat itu bagaimanapun kini beredar secara meluas di internet.

abdullah ahmad badawi pak lah 110907 Mengulas desakan tersebut, Abdullah dilaporkan berkata: "Sehari sebelum dia hantar surat itu pada saya, dia telahpun keluarkan satu kenyataan mengatakan dia sokong dan dia memahami apa yang berlaku itu merupakan satu collective responsibility (tanggungjawab bersama) dan beberapa kenyataan lain yang dilihat sebagai kenyataan positif terhadap saya.

"Tiba-tiba dia tukar pulak... hanya sehari setelah itu hantar surat bukan hanya pada saya tetapi juga Datuk (Seri) Najib (Tun Razak) dan seluruh negara."

Menurut Bernama , Abdullah berkata lagi, desakan Mukhriz itu bukanlah pendekatan yang baik sebagai anggota Pemuda Umno - yang mengambil keputusan mendukungnya dan pucuk pimpinan parti.

Sementara itu ketua Pemuda Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata surat Mukhriz dibuat secara peribadi.

Desakan exco Pemuda itu bukan pendirian Pemuda Umno, tambahnya.

Pergerakan itu tetap menyokong penuh Abdullah dan timbalan presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak, kata Hishammuddin.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS