Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Projek mega: Gerakan tidak setuju Umno
Diterbitkan:  Mar 14, 2008 5:12 PM
Dikemaskini: 1:55 PM

Kerajaan persekutuan mesti meneruskan dan menyegerakan pelaksanaan projek infrastruktur utama di Pulau Pinang demi kebaikan penduduk, termasuk negeri jiran, kata pemangku presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

koh tsu koon 02 Koh berkata projek-projek seperti jambatan kedua Pulau Pinang, Rangkaian Lingkaran Luar Pulau Pinang (PORR), monorel dan sistem pengangkutan awam, lapangan terbang dan pembesaran pelabuhan yang dijanjikan kerajaan pusat patut diteruskan.

Dalam kenyataannya hari ini sebagai mengulas gesaan Umno semalam agar membatalkan projek-projek tersebut, Koh juga berkata kejayaan projek-projek itu akan menjadikan Pulau Pinang terus tumbuh sebagai hab bagi Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) serta Segitiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT).

"Oleh itu, Gerakan merayu kepada kerajaan persekutuan agar meneruskan projek berkenaan," beliau dipetik sebagai berkata.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS