Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Calon PAS jatuh bumbung rumah
Diterbitkan:  Mar 1, 2008 11:46 PM
Dikemaskini: 3:47 PM

Calon PAS bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Perlis, Ahmad Tajuddin Salleh cedera dan dimasukkan ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di Kangar apabila jatuh setinggi empat meter ketika membaiki bumbung rumahnya yang bocor di Sanglang.

Kejadian berlaku kira-kira jam 9 pagi tadi ketika Pengerusi Badan Kebajikan PAS Perlis itu membaiki sendiri bumbung rumahnya yang bocor di bahagian dapur, sebelum keluar berkempen.

Menurut Bernama, bekas setiausaha badan perhubungan PAS Perlis itu yang cedera di kaki dan dahi dikejarkan ke hospital oleh anaknya.

Ketika ditemui di katil hospital, Ahmad Tajuddin, 57, bagaimanapun berkata kejadian itu tidak akan mematahkan semangatnya untuk berkempen malah esok

beliau akan menyampaikan mesej secara bertulis kepada pengundi mengenai janji yang akan dilakukannya sekiranya dipilih sebagai wakil rakyat.

"Saya tak tahu sampai bila saya akan berada di hospital. Kalau diikutkan hati saya nak keluar hari ini juga untuk berkempen," katanya.

Mesej bertulis

Beliau yang berbalut pada kakinya berkata beliau terpaksa menggunakan kerusi roda untuk berkempen.

Ahmad Tajuddin sebelum ini tewas dua kali pada pilihan raya umum 1986 di kerusi DUN Utan Aji dan 1995 di DUN Kuala Perlis.

Kali ini beliau akan ditentang muka baru BN, Mat bin Hassan.

Kuala Perlis mempunyai 8,287 pengundi yang kebanyakannya adalah nelayan.

ADS