Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Manifesto PKR ikrar selamatkan M'sia
Diterbitkan:  Feb 26, 2008 4:53 PM
Dikemaskini: 12:19 PM

Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini mengumumkan manifesto pillihanrayanya kali ini yang bertemakan 'Harapan Baru Untuk Malaysia' bagi membawa negara ini - yang menurutnya berada di persimpangan - kembali ke landasan yang betul.

pkr manifesto 2008 general election Manifesto tersebut menawarkan 'rawatan' untuk memulihkan Malaysia yang, menurut PKR, "telah diheret ke arah peningkatan krisis antara kaum, kelemahan pencapaian ekonomi, penambahan kadar jenayah dan korupsi bertambah bobrok".

"Malaysia kini berada di persimpangan jalan dan kita perlu memutuskan apakah kita bersedia untuk masa depan yang lebih baik," kata Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika mengumumkan manifesto partinya hari ini.

Turut hadir, ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, timbalan presiden Dr Syed Husin Ali dan ketua penerangan PKR Tian Chua.

Manifesto itu mengandungi visi PKR untuk mengembalikan Malaysia ke pangkal jalan dan membina sebuah negara yang mencerminkan potensi, bakat dan kewibawaan sebenar rakyat Malaysia.

Ia menumpukan kepada lima teras utama sebagai kunci utama dalam memulakan proses merawat Malaysia.

Lima teras utama tersebut ialah:

bullet button Negara madani untuk semua - mempertahankan perpaduan, hak asasi dan integriti.

bullet button Ekonomi maju untuk semua - pengagihan sama rata menjana daya saing yang tinggi.

bullet button Malaysia yang selamat untuk semua - Pasukan polis yang bersih untuk perlindungan rakyat.

bullet button Harga rendah untuk semua - kawalan harga petrol dan barangan.

bullet button Pendidikan terbaik untuk semua - kualiti pendidikan tertinggi yang percuma.

Manifesto penuh PKR boleh dibaca di lamanweb www.harapanmalaysia.com


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS