Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Pulau Pinang termasuk tiga negeri yang menjadi sasaran utama pertembungan antara Barisan Nasional (BN) dengan parti pembangkang yang berusaha untuk menawannya dalam pilihanraya umum kali ini.

Walaupun wujud pakatan antara parti-parti pembangkang untuk memastikan pertandingan satu lawan satu dengan calon BN di Pulau Pinang, tetapi pertandingan tiga penjuru dilaporkan di kerusi parlimen Jelutong dan kerusi-kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Dato Keramat, Sungai Pinang dan Perai.

firdaus ismail dumb ass Di parlimen Permatang Pauh, calon BN Datuk Pirdaus Ismail menyuarakan keyakinannya kali ini untuk merampas kerusi tersebut daripada presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail. Pada 2004, Pirdaus tewas dengan majoriti tipis, 590 undi.

Lebih 3,000 penyokong PKR dan PAS hadir memberi sokongan, manakala penyokong BN pula dianggarkan seramai 1,000 orang.

Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng turut mengemukakan borang pencalonannya bagi kerusi parlimen Bagan dan DUN Air Putih.

Beliau akan berdepan dengan dua muka baru dari MCA Song Choy Leng di Bagan dan Tan Yok Cheng (Air Putih).

Lim dilarang bertanding selama lima tahun selepas disabit terhadap tuduhan mengikut Akta Hasutan.

Sejumlah 13 kerusi parlimen dan 40 kerusi DUN dipertandingkan di Pulau Pinang.

Sekitar pencalonan di Pulau Pinang

permatang pauh wan azizah nomination 240208 Di Permatang Pauh, Wan Azizah ditemani anak perempuan keduanya Nurul Nuha ke pusat penamaan calon pagi tadi. Beliau mengemukakan borang pencalonan pada jam 9.15 pagi selepas Pirdaus juga berbuat demikian pada jam 9.03 pagi.

Bagi kerusi DUN pula, Arif Shah Arif Omar (BN-Umno) bersaing dengan Ramli Bulat (PKR) di Seberang Jaya, Abdul Jalil Abdul Majid (BN-Umno) dan Mohammad Fairus Khairuddin (PKR) di Penanti, Ahmad Sahar Shuib (BN-Umno) dan Mohd Hamdan Abd Rahman (PAS) di Permatang Pasir.

Di Bagan, Tan Xin Ying melaporkan, Song hampir kehilangan kerusinya tanpa bertanding kepada setiausaha agung DAP itu kerana berlaku kesilapan teknikal dalam borang pencalonannya.

Guan Eng tiba ke pusat penamaan calon bersama kira-kira 100 orang penyokong sambil melaungkan ‘Hidup DAP’ dan Makkal Sakti (kuasa rakyat dalam bahasa Tamil). Song pula diiringi oleh kira-kira 150 penyokongnya.

Sementara itu, Wong Teck Chi melaporkan, parlimen Bukit Bendera menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara pemimpin veteran Gerakan, Datuk Chia Kwang Chye, dengan pakar strategi pilihanraya DAP Liew Chin Tong.

Chia, yang juga timbalan menteri penerangan, menyerahkan borang pencalonannya pada jam 9.10 pagi manakala Liew, yang merupakan muka baru, berbuat demikian sekitar jam 9.30 pagi.

Penyokong Liew membawa maskot DAP - ‘Rocket Kids’ - ke pusat penamaan calon di Wisma Penyayang.

Di parlimen Jelutong, Ki Mae Heussner melaporkan, seorang lagi muka baru dari DAP yang juga penulis blog terkenal Jeff Ooi akan bertanding tiga penjuru dengan calon BN dari Gerakan, Dr Thor Teong Gee, dan calon bebas Badrul Zaman.

Badrul juga bertanding kerusi DUN Sungai Pinang.

DUN Dato Keramat juga bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru. Mereka yang bertanding ialah penyandangnya, calon BN dari Gerakan, Ong Thean Lye, Jagdeep Singh Deo (DAP) dan Shahul Hameed (bebas).

Jagdeep adalah anak lelaki pengerusi DAP Karpal Singh.

DUN Batu Lancang pula membabitkan pertandingan satu lawan satu antara calon BN dari Gerakan yang juga penyandang kerusi tersebut, Ng Fook On, dengan Law Heng Kiang dari DAP. Pada 2004, Ng menewaskan Law dengan majoriti tipis 139 undi.

Di Bukit Gelugor, Athi Veeranggan melaporkan, pemimpin veteran MCA Koay Kar Huah akan mencabar Karpal dalam pertandingan satu lawan satu.

Karpal, yang datang berkereta roda, ditemani isterinya bersama kira-kira 100 penyokongnya. Koay, yang berkata akan mencuba sebaik mungkin untuk merampas kerusi itu, juga diiringi kira-kira 100 penyokong.

Bagi kerusi DUN pula, RSN Rayer (DAP) akan berentap dengan Loh Nam Hooi (BN-MCA) di Seri Delima, Koh Wan Leong (BN) berdepan dengan Yeoh Soon Hin (DAP) di Paya Terubong manakala Cheang Chee Gooi (BN-Gerakan) akan berentap dengan Wong Hon Wai (DAP) di Air Hitam.

Tsu Koon lwn Ramasamy

Di tempat lain di Pulau Pinang, berlaku pertandingan tiga penjuru di Perai, antara L Krisnan (BN-MIC), Prof P Ramasamy (DAP) dan calon bebas R Ulaganathan.

Dilaporkan berlaku detik-detik tegang sewaktu proses penamaan calon di kawasan majoriti kaum India itu.

Tan Sri Dr Koh Tsu Koon pula menyerahkan borang pencalonannya di parlimen Batu Kawan dan akan berdepan dengan Ramasamy (DAP).

Di Kepala Batas, presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan dicabar oleh calon PAS Subri Mat Arshad.

Calon dari parti siswa, yang sebelum ini berkata akan bertanding menentang Abdullah, tidak kelihatan pagi tadi sehinggakan proses penamaan calon berakhir pada jam 10 pagi.

Pertandingan satu lawan satu juga berlaku antara calon PKR Yusmadi Yusoff dengan calon BN dari Umno, Norraesah Mohamad di Balik Pulau), Tan Sri Nor Mohamaed Yakcop dari BN-Umno melawan calon PAS Ismail Salleh (Tasek Gelugor), calon DAP Chong Eng berentap dengan calon BN-MCA Ong Tang Chuan (Bukit Mertajam), calon BN-Umno Zainal Abidin Osman dengan calon PKR Tan Tee Beng (Nibong Tebal), calon DAP Chow Kon Yeow dengan calon BN-Gerakan Khaw Veon Szu (Tanjong), calon BN-MCA Ooi Swee Kim dengan calon PKR Zahrain Mohamed Hashim (Bayan Baru).

penang 2008 general election who versus who list 230208


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS