"Kawan-kawan saya memberitahu yang saya suka cakap benda-benda yang mengarut semasa saya minum wain," kata peguam Datuk VK Lingam hari ini, mengakui yang beliau tidak ingat akan kejadian yang dipaparkan dalam klip video kontroversi yang kononnya beliau didakwa mengaturkan pelantikan hakim-hakim melalui telefon.
Lingam, 57, berkata dengan melihat kepada paparan dalam klip video itu, jelas kelihatan botol wain, wiski, brandi dan minuman ringan 7-Up di atas meja, dan menambah kelihatan seperti parti sedang diadakan dan juga sesi minum-minum.
"Saya mungkin minum terlalu banyak (minuman keras)," kata Lingam kepada suruhanjaya siasatan diraja.