Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bersih minta SPR jemput pemerhati antarabangsa
Diterbitkan:  Jan 8, 2008 5:17 PM
Dikemaskini: Jan 29, 2008 10:21 AM

Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) meminta Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan kerajaan supaya menjemput pemerhati antarabangsa untuk memantau perjalanan pilihanraya umum yang akan datang.

"Bersih berpandangan bahawa kehadiran pemerhati antarabangsa merupakan salah satu jalan terbaik untuk mengelak penyelewengan dan memberi kredibiliti kepada legitimasi pilihanraya tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, laporan Bernama pada 4 Januari lalu memetik Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar memuji pilihanraya preisden Uzbekistan pada 23 Disember 2007, yang menurut beliau dijalankan secara "demokratik, telus, aman dan adil" walaupun dikritik oleh pemimpin Barat.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Unlocking Article
Unlocking Article
ADS