Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Majlis Peguam batal perarakan Hari Hak Asasi Manusia
Diterbitkan:  Dec 4, 2007 4:59 PM
Dikemaskini: Jan 29, 2008 10:21 AM

Majlis Peguam Malaysia telah membatalkan perarakan tahunannya sempena Hari Hak Asasi Manusia Ahad ini selepas pihak polis meminta majlis tersebut memohon permit untuk berbuat demikian.

"Kita membatalkannya (perarakan dari Sogo ke Pasar Seni), tetapi akan meneruskan sambutan lain yang telah diatur di Pasar Seni," kata Pengerusinya, Ambiga Sreenevasan.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ambiga berkata majlis itu berpendirian bahawa syarat memohon permit polis itu "melanggar hak perlembagaan kami untuk berhimpun secara aman".

"Malah, Suruhanjaya Diraja Polis dan Suhakam telah menggesa supaya undang-undang itu dimansuhkan, begitu juga dengan Majlis Peguam," katanya.

Menurut Ambiga lagi, Majlis Peguam telah diminta mengemukakan permohonan permit bagi pertimbangan pihak polis untuk mengadakan perarakan tersebut.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Unlocking Article
Unlocking Article
ADS