Muhd Taib: Rusuhan dapat dielak jika undang-undang dihormati
Nash Rahman
Sep 13, 07
1:16pm
Rusuhan yang berlaku di pantai Batu Buruk boleh dielakkan sekiranya pihak penganjur ceramah di situ menghormati peraturan dan undang-undang negara, kata Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib hari ini.

"Di mana-mana sahaja di dunia ini ada undang-undang. Kalau tidak ikut peraturan dan undang-undang, macam mana nak memerintah negara...kalau tak dapat kebenaran polis, mengapa boleh teruskan (ceramah)," katanya ketika dihubungi malaysiakini hari ini.

"Sudah banyak ceramah yang telah dibuat, bukan tidak pernah dibuat. Tetapi mungkin tempat itu tidak sesuai," katanya ketika diminta mengulas insiden rusuhan yang membabitkan pihak polis dengan ratusan penyokong pembangkang di pantai Batu Buruk malam Sabtu lalu.

Dalam kejadian tersebut, tujuh orang cedera, termasuk empat anggota polis. Turut cedera parah ialah dua ahli PAS yang didakwa terkena tembakan yang dilepaskan oleh seorang anggota yang diserang oleh sekumpulan lelaki pada malam kejadian tersebut.

Kedua-duanya Suwandi Abdul Ghani, 37, dan Muhamad Azman Aziz, 21 - cedera terkena tembakan, masing-masing di dada dan di leher. Kedua-duanya sedang dirawat di hospital dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

Rusuhan itu berlaku apabila pihak polis tidak membenarkan ceramah anjuran badan pemantau pilihanraya, Bersih - sebuah gabungan badan bukan kerajaan dan parti pembangkang - diadakan di kawasan pantai Batu Buruk.

Sehubungan itu, Muhd Taib mengingatkan bahawa kerajaan yang ada sekarang adalah yang dipilih oleh rakyat dalam pilihanraya umum.

"Mandat telah diberikan...kita kena ikut peraturan. Kalau nak bertanding dalam pilihanraya, mesti bersetuju dengan undang-undang negara...macam mana mengadakan perhimpunan tanpa kebenaran...," tambahnya.

Mengenai dakwaan pembangkang bahawa anggota polis melepaskan peluru hidup yang mencederakan dua ahli PAS tersebut, Muhd Taib berkata, adalah tidak betul untuk menuduh seolah-olah pihak polis menembak semua orang.

Beliau percaya ia berlaku kerana anggota polis berkenaan mahu mempertahankan diri ketika diserang dan "dalam keadaan kekecohan seumpama itu, apa saja boleh berlaku".

Oleh itu, tambahnya, adalah penting bagi rakyat mengetahui punca yang mencetuskan rusuhan tersebut dan keadaan sebenarnya yang berlaku ketika rusuhan itu terjadi.
Berita Terkini dalam SMS
Maxis users
- Taip SMS "BUY MKINIM" dan hantar ke "26000" (caj bulanan RM 5.00)
- Taip "BUY WMKINIM" dan hantar ke "26000" (caj mingguan RM 1.50)
Umobile users
- Taip "ON NW MKINIBM" dan hantar ke "28118" (caj bulanan RM 5.00)
 
Untuk penguna Maxis, UMobile, Digi , dapatkan berita sms
Dapatkan Mobilekini untuk membaca cerita penuh di telephone bimbit
Singkatan berita setiap hari
Email:
Bersamalah 2800+ kawan di kumpulan Facebook Malaysiakini
Ikuti berita Malaysiakini menerusi Twitter
Diy Day Banner

Advertise here ( RM10/day )

Advertise here ( RM10/day )

Diy Day Banner