Most Read
Most Commented
Read more like this
mk-logo
News
UMM's letter to Azly Rahman
Published:  Jul 30, 2007 3:18 PM
Updated: Jan 29, 2008 10:21 AM

The following is the legal notice sent by UMM to malaysiakini columnist Azly Rahman threatening a court injunction.

Dr Azly Bin Abdul Rahman

DENGAN KURIER

Tuan,

Per: NOTIS TUNTUTAN - PENULISAN ARTIKEL FITNAH DAN PENULISAN MENGHASUT DALAM BEBERAPA LAMAN WEB


Kami merujuk kepada perkara tersebut di atas.

Kami telah dilantik bagi mewakili Universiti Utara Malaysia yang beralamat di Universiti Utara Malaysia, 06010 Sintok, Kedah.

Kami telah dimaklumkan oleh anakguam kami bahawa kamu telah dibuang kerja oleh Jawatankuasa Tatatertib UUM mulai 8/12/04 kerana keengganan kamu melapor diri untuk bertugas dan keengganan kamu menandatangani Surat Akujanji.

Kami difahamkan oleh anakguam kami bahawa kamu yang tidak berpuas hati dengan tindakan tatatertib Universiti berkenaan telah menulis beberapa artikel fitnah dalam beberapa laman web dan web blog kamu yang bertujuan memburuk-burukkan nama Universiti Utara Malaysia, Naib Canselor UUM dan penulisan kamu itu adalah juga merupakan satu bentuk hasutan kepada pensyarah-pensyarah UUM dan universiti lain di Malaysia amnya untuk turut melakukan kesalahan disiplin seperti kamu.

SILA AMBIL PERHATIAN bahawa kamu dengan ini diberi masa EMPAT BELAS HARI (14) dari tarikh notis ini untuk memohon maaf secara terbuka kepada anakguam kami atas semua penulisan kamu yang merujuk kepada anakguam kami DAN KAMU JUGA DI INGATKAN agar menghentikan serta-merta segala penulisan fitnah dan hasutan kamu dalam mana-mana laman web dan mana-mana medium penyiaran yang ada. Permohonan maaf tersebut mestilah dibuat oleh kamu selepas derafnya diluluskan terlebih dahulu oleh kami selaku peguamcara bagi Universiti Utara Malaysia.

AMBIL PERHATIAN bahawa jika kamu enggan, cuai dan mengabaikan permintaan notis ini, kami telah menerima arahan jelas dari anakguam kami untuk memfailkan tindakan saman terhadap kamu yang akan mengandungi perintah injuksi bagi menghalang kamu daripada terus menulis artikel fitnah dan menghasut terhadap anakguam kami. DAN SELANJUTNYA kamu juga akan bertanggungjawab terhadap segala tuntutan kos yang akan di taksirkan kemudian.

Adalah di ingatkan bahawa anakguam kami mempunyai reputasi dan integriti yaang tersendiri di kalangan masyarakat. Reputasi dan integriti ini adalah untuk dipertahankan dan bukannya untuk dipersenda.

Sekian.

TETUAN AZAM & CO

s.k.

Tan Sri Dr Nordin Bin Kardi

Naib Canselor,

Universiti Utara Malaysia

Aras 5 Bangunan Canselori

06010 Sintok,

Kedah


Please join the Malaysiakini WhatsApp Channel to get the latest news and views that matter.

ADS