Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Polis tahan 2 lelaki bersama pil yaba lebih RM12,000
Diterbitkan:  Apr 27, 2024 9:44 AM
Dikemaskini: 1:44 AM

Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba dianggarkan bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Kampung Taman Wira, Kampung Kedap, Rantau Panjang.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas Kama Azural Mohamed dalam kenyataan berkata lelaki terbabit ditahan dalam serbuan oleh sepasukan polis dari Balai Polis Rantau Panjang kira-kira jam 12.30 tengah malam semalam.

Katanya ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

"Polis turut menyita sebuah kereta dan sebuah motosikal dianggarkan bernilai RM25,000.

"Nilai keseluruhan rampasan dadah bersama harta yang disita ialah RM37,345," katanya.

Kama Azural berkata suspek direman tujuh hari bermula semalam bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan tindakan juga diambil di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988.

"Polis menyeru orang ramai terus menyalurkan sebarang informasi berkaitan aktiviti penyalahgunaan dadah agar tindakan pembanterasan dapat dipertingkatkan bagi memastikan Kelantan khususnya Pasir Mas bebas daripada jenayah ini," katanya.

- Bernama

Lihat Komen
ADS