Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pemenang hadiah Global Teacher mahu kongsi wang kemenangan AS$1 juta
Diterbitkan:  Dec 4, 2020 9:01 PM
Dikemaskini: 1:09 PM

Sikap murah hati pemenang anugerah Global Teacher Prize 2020, iaitu seorang guru dari India untuk berkongsi hadiah kemenangannya yang bernilai AS 1 juta boleh digunakan untuk projek pendidikan di Malaysia, kata rakan finalis Samuel Isaiah.

Bagaimanapun Samuel ketika dihubungi Malaysiakini berkata pemenang, Ranjitsinh Disale dari kampung Paritewadi di India, setakat ini hanya membuat janji peribadi untuk berkongsi 50 peratus wang hadiah dengan sembilan finalis lain termasuk dirinya.

"Kami tidak pasti lagi bagaimana dan bila akan mendapat wang tersebut, kerana tiada (dokumen) hitam and putih setakat ini.

"Jika ia terjadi, sudah pasti dapat membantu kerja saya," katanya.

Tambah Samuel atau lebih dikenali sebagai cikgu Sam, jumlah yang diterima itu akan digunakan untuk meneruskan projek yang dilaksanakan untuk membantu kanak-kanak Orang Asli di Pahang.

Menurut portal berita India, Hindustan Times, usaha Disale itu turut memperlihat kesembilan finalis lain menerima sekurang-kurang AS$55,000 setiap seorang.

Memetik laporan berita tersebut, Disale menjelaskan tindakannya itu dibuat susulan cabaran yang dihadapi oleh semua guru ketika berdepan dengan wabak Covid-19.

Sebelum ini, Cikgu Sam - guru Bahasa Inggeris- itu mendapat perhatian selepas tercalon dalam anugerah tersebut susulan khidmatnya terhadap masyarakat Orang Asli. 

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS