Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Pemimpin Umno ketuai demo dekat Bukit Aman
Diterbitkan:  Jul 17, 2018 12:10 PM
Dikemaskini: 4:13 AM

Sekumpulan orang ramai, diketuai anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno Lokman Adam, hari ini berhimpun dekat ibu pejabat polis Bukit Aman atas alasan “solidariti” dengan Yang di-Pertuan Agong.

Lokman yang menggunakan plafform Pemantau Malaysia Baru berkata mereka mahu memberi "sokongan moral" dan menunjukkan taat setia kepada Agong.

Beliau dan penyokong cuba berarak ke parlimen, ketika Agong bertitah hari ini, tetapi dihalang oleh polis.

Ketika mengumumkan perhimpunan ini minggu lepas, Lokman mendakwa suara Agong “hilang” selepas pelantikan jawatan penting berkaitan undang-undang dan kehakiman di negara ini.

Ia melibatkan isu pelantikan Datuk Liew Vui Keong sebagai menteri undang-undang, Tommy Thomas sebagai peguam negara dan Tan Sri Richard Malanjum sebagai ketua hakim negara.

Lihat Komen
ADS