Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
PAS, Umno bertahaluf? Mungkin...
Diterbitkan:  May 14, 2017 12:56 PM
Dikemaskini: 4:59 AM

Selepas kerjasama politik dengan PKR terkubur secara rasmi, PAS dilaporkan bersikap terbuka untuk mengadakan tahaluf baru dengan sesiapa yang dirasakan sesuai.

Menuru Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin, parti itu memang sentiasa bersikap terbuka dan sedia berbincang dengan mana-mana parti.

Bagaimanapun, seperti yang selalu ditekankan pemimpin parti itu, Hashim menegaskan, setiap kerjasama yang ingin dijalankan mestilah "dipimpin oleh Islam".

Dipetik Utusan Online, Hashim dilaporkan berkata, PAS tidak menolak kemungkinan mengadakan tahaluf siyasi dengan Umno pada masa depan.

Katanya, tindak-tanduk Umno serta presidennya, Datuk Seri Najib Razak yang meletakkan konsep Islam dalam pentadbiran memungkinkan perkara itu berlaku.

“Kita bersedia bertahaluf siyasi bukan sahaja dengan Umno tetapi dengan pertubuhan bukan kerajaan, lain termasuk Parti Cinta Malaysia yang menunjukkan minat," katanya diperti portal berkenaan hari ini.

Parti Cinta Malaysia ialah sebuah pertubuhan politik yang ditubuhkan pada 2009 oleh bekas pemimpin Gerakan, Huan Cheng Guan.

Huan pernah terpilih sebagai anggota parlimen Batu Kawan selama satu penggal pada 2004.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS