Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita

Editor Sarawak Repor, Clare Rewcastle-Brown menafikan dakwaan seorang menteri bahawa laman web miliknya menghendap dan mengganggu Datin Seri Rosmah Mansor - isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Tiada kaitan dengan saya (Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri) Salleh (Said Keruak) boleh melihat di internet bagaimana rupa saya - atau adakah semua wanita asing kelihatan serupa bagi Salleh?" kata Clare dalam emel kepada Malaysiakini.

Beliau mengulas dakwaan Salleh, yang malam semalam menuduh Sarawak Report memaparkan "tingkah laku tidak beradab dan sopan” dengan mengganggu Rosmah - yang kini berada di kota London.

Adalah tidak jelas apa yang sebenarnya berlaku, tetapi catatan di blog itu mempunyai tajuk yang hampir sama dengan sebuah klip video di YouTube yang dimuat naik oleh blogger Raja Petra Kamaruddin bertajuk "Sarawak Report stalks and harasses Rosmah Mansor in London, 8th May 2017".

Video itu memaparkan tiga individu berdiri di luar perkarangan sebuah rumah yang kelihatan seperti di London.

Salah seorang individu berkenaan, seorang lelaki, kedengaran memberitahu orang yang merakam video tersebut bahawa mereka tidak seharusnya datang ke London jika tidak mahu gambar mereka dirakamkan.

"Saya percaya ini dilakukan oleh krew filem dokumentari yang mahu menerbitkan sesuatu tentang 1MDB, tetapi tidak pasti kerana Rosmah sekarang agak terkenal dan boleh jadi (kerja) sesiapa sahaja," kata Clare ketika ditanya mengenai individu dalam video tersebut.

Beliau berkata Raja Petra tidak boleh dianggap sebagai sumber yang boleh dipercayai, terutamanya apabila membabitkan Rosmah.

Rosmah tiba di UK dengan 32 pelajar dan enam guru PERMATA pada Khamis lalu. Mereka dijadualkan berada di sana sehingga hari ini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS