Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Perjanjian RM7.41b Bandar Malaysia tak jadi kenyataan
Diterbitkan:  May 3, 2017 7:07 PM
Dikemaskini: 11:19 AM

Perjanjian usahasama RM7.41 bilion yang bakal menyaksikan sebuah konsortium antara Iskandar Waterfront Holdings (IWH) yang berpangkalan di Johor dan China Railway Engineering Cooperation (CREC) bagi memiiliki kepentingan 60 peratus dalam Bandar Malaysia gagal menjadi kenyataan.

TRX City Sdn Bhd dalam satu kenyataan hari ini berkata Perjanjian Jualan Saham yang dimeterai pada 31 Disember 2015 dengan konsortium itu kini telah luput.

"Ini adalah kerana, walaupun lanjutan berulang kali diberikan, IWH-CREC gagal untuk membuat pembayaran.

"Hasilnya, perjanjian penjualan saham antara kedua-dua pihak adalah terbatal dan tidak lagi sah berkuatkuasa serta merta," katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dijadualkan melawat tapak Bandar Malaysia pada jam 5 petang tadi tetapi secara tiba-tiba dibatalkan.

Sebaliknya, kenyataan TRX City dikeluarkan tidak lama kemudian.

Perjanjian Bandar Malaysia sebelum ini disebut-sebut sebagai sebahagian daripada pelan rasionalisasi 1MDB bagi tujuan mengurangkan hutang firma pelaburan negara itu.

Tanah prima atau utama seluas 486 ekar di Sungai Besi, atau Bandar Malaysia, telah pun dipindahkan dan diletakkan di bawah kementerian kewangan.

TRX City berkata kerajaan kini memutuskan untuk membatalkan rancangan untuk menjual tanah berkenaan.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS