Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Menteri Kewangan II, Datuk Johari Abdul Ghani menolak jemputan Ahli Parlimen DAP, Tony Pua untuk menyertai makan malam mengumpul dana parti itu bagi mengemukakan hujahnya membela isu skandal 1MDB.

"Terima kasih kerana menjemput saya, tetapi saya telah jelaskan segala-galanya dalam surat terbuka kepada beliau. Saya dengar dia dan ambil maklum pendapatnya. Saya hormati beliau sebagai pembangkang (ahli Parlimen).

"Saya perlu lakukan kerja sebagai menteri dan saya akan buat yang terbaik untuk negara," Johari kepada Malaysiakini.

Awal hari ini, Pua mempelawa Johari untuk menyertai makan malam anjuran DAP untuk mengemukakan hujahnya membela isu skandal 1MDB.

Kata Pua, penceramah lain yang bakal hadir pada majlis 6 Mei itu adalah Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, Pengerusi BERSATU Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden AMANAH Mohamad Sabu dan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.

"Menteri itu mempunyai peluang untuk melenyapkan kami semua," kata Pua dalam kenyataan media.

Mengulas lanjut, Johari yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno berkata, kehadiran beliau pada majlis makan malam itu tidak akan menyelesaikan isu 1MDB seperti yang diharapkan Pua.

"Sekalipun aku makan tengah hari atau makan malam (dengan Pua), ia tidak akan menyelesaikan masalah dengan cara yang dimahukan, kerana saya bukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bank Negara Malaysia (BNM), polis dan agensi-agensi penyiasatan. Jadi, biarlah agensi-agensi ini membuat kerja mereka.

"Tidak ada dalam surat saya yang saya sebutkan mahu agensi-agensi ini hentikan siasatan mereka," katanya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS