Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mahathir setuju tarikh, tempat baru debat dengan Nazri
Diterbitkan:  Mar 23, 2017 3:11 PM
Dikemaskini: 7:29 AM

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersetuju dengan tarikh dan tempat baru debatnya dengan menteri Umno Datuk Seri Nazri Aziz.

Perkara itu disahkan oleh peguam Mahathir, Haniff Khatri kepada Malaysiakini.

“Sah. Beliau akan hadir debat berkaitan isu yang sama,” katanya.

Tarikh baru dicadangkan pada 7 April ini di Shah Alam selepas polis tidak membenarkan cadangan awal di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Padang Rengas yang sepatutnya berlangsung Sabtu ini.

Cadangan debat itu muncul setelah kedua-dua pihak saling jawab menjawab berkaitan dasar-dasar kerajaan dan kontroversi kemasukan wang RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS