Seorang lagi suspek kes pembunuhan Kim Jong-Nam, abang tiri pemimpin Korea Utara Jong-Un, adalah pemegang pasport Indonesia, menurut polis.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata wanita 25 tahun itu dikenali sebagai Siti Aisyah (satu nama), dilahirkan pada 11 Februari 1992 di Serang, Indonesia.
Wanita itu ditangkap berseorangan selepas dicam melalui rakaman kamera litar tertutup, menurut Khalid lagi.
"Siasatan masih diteruskan, tindakan-tindakan terhadap suspek/suspek-suspek akan diambil selari dengan undang-undang," katanya dalam kenyataan hari ini.
Seorang lagi suspek dilaporkan sebagai pemegang pasport Vietnam.
Polis hari ini dilapor memperoleh reman terhadap dua wanita warga asing berhubung kematian Jong-Nam di ibu pejabat polis daerah (IPD) Sepang, hari ini.