Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Salam perdamaian kepada Hadi bukan hiprokrasi - Kit Siang

Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang hari ini menegaskan salam perdamaian yang dihulurkan kepada PAS adalah ikhlas dan bukan hanya sekadar tindakan berpura-pura.

Lim berkata keutamaan bagi Malaysia sekarang adalah untuk menangani masalah kleptokrasi.

"Berhubung dakwaan DAP bersikap hipokrit sekiranya kami kembali bekerjasama dengan PAS, saya serahkan kepada orang ramai untuk menilainya.

"Kita boleh berbeza pendapat, tetapi isu terbesar besar sekarang ialah sama ada kita boleh membebaskan diri daripada cengkaman kleptokrasi.

"Paling utama adalah untuk menyelamatkan Malaysia dari kleptokrasi dan setiap rakyat seharusnya bersatu dalam isu ini, tanpa mengira kaum dan agama," katanya pada sidang akhbar di Wisma DAP di Pulau Pinang.

Semalam, Lim menyuarakan pendapat peribadinya bahawa dirinya sedia bekerjasama dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang jika beliau berkongsi komitmen sama dalam memerangi kleptokrasi.

Katanya, isu itu akan menjadi agenda negara dalam tempoh lima hingga sepuluh tahun akan datang dan menyoal jika Abdul Hadi sanggup membuat sebarang komitmen.

Ini, menurut Lim hari ini, adalah hanya pandangan peribadinya yang belum dibincangkan oleh Jawatankuasa Pusat DAP.

Pengerusi BERSATU, Tun Dr Mahathir Mohamad pula dalam temu bual dengan sebuah akhbar di Singapura, semalam berkata, partinya memilih untuk melupakan PAS dan sebaliknya mahu mengukuhkan kerjasama dengan DAP bagi menghadapi PRU.

Muktamar PAS pada tahun 2014, sebulat suara bersetuju untuk memutuskan hubungan dengan DAP.
Ini susulan DAP menuduh PAS mahu mencapai matlamat teokratik, yang bertentangan dengan rangka perjanjian kerjasama Pakatan Rakyat yang tumbang selepas itu.

Berikutan itu, Pakatan Harapan (HARAPAN) ditubuhkan di antara DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (AMANAH), yang adalah kumpulan serpihan PAS.

HARAPAN juga secara rasmi menjalankan hubungan kerja dengan satu lagi kumpulan serpihan Umno, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS